Thursday, December 16, 2010

nak naik skolah...

salam smua..

pergh!! dah nak mula sesi persekolahan.. anak2 still memerap dalam umah.. tahun ni agak kopakss sikit.. coz anak sulong aku terpaksa tuko uniform sekolah rendah dan sekolah agama... sofea pun dah masuk sek arab.. mencari baju sekolah je aku dah feninnn...

citernya betapa susah nak cari baju skolah agama anak sulong aku tu.. diorang ni sekolah arab, so bajunye lain dari yang lain.. satu tangkak aku pi cari kain lagu tu.. x da juga.. so... semalam aku mengambil kesempatan ce..aliff..but.. ke segamat.. sampai je nagoya.. alhamdulillah.. selamat ada.. encik laki aku ni cewet skt.. nak kain gitu le.. kain gini le.. pas tu pi beli baju sekolah anak yg lelaki pulak.. aduhhh.. sib baik kedai yang kami tuju tepat skali.. dapat jumpa kain yang dicari.. koshebo...

dah slesai baju si kering tu.. baju si kerinting pulak.. kena gi rejinah.. fuhhh mahal seh.. baju je dah 20 lebey.. kali 2 pasang kali 3 orang.. x pagi dan petang.. huuuuwaaaa... tapi aku serah je pada encik laki.. pas tu dah kira2 ngan yuran skolah mau2 nya 2 riban nak disediakan.. fenin mak nak..

bab beg skolah jgn citer le.. smua dah pandai memilih.. sib baik le pilih yang ala kadar.. kalo x kopaksss lagi.. macammana pak najib bagi bantuan 500 je.. tak cukup maaa... bagi yang anak x sekolah berbaloi2 le.. Perit tau duit sekarang ni... 50 hengget.. sehari je cair..

so sesapa yang lum ada anak skolah.. simpan le dari laaaaaa niiii....

Sunday, November 14, 2010

Impian Demi Impian..

Salam.. salam Sejahtera.. salam 1 malaysia...

hai kengkawan.. aduiiii... winduuuu sangat kat blog ni.. tp... x sempat2 nak update..

mana gaknya aku pergi? sbenarnya aku tersangat sibuk.. kalo boleh dibelah2 badan ni mau je aku lakukan.. disaat akhir aku nak mencapai impian.. aku di tukarkan kebahagian yang sangat sibuk.. mana nak kejar target keja.. nak study.. assignment.. suami.. anak.. mak.. kuliah.. study.. exam.. waaaarrrgggghhhhh!!!! mampukah mereka atau kamu2 menjadi aku? yang pasti.. impian ku pasti aku capaikan satu persatu.. Impian memiliki kereta sendiri telah tertunai apabila en suami tiba2 nak belikan cik viva...
Pemberian en suami.. 18 mei 2010..
sbenarnya nak surprise 1 jun (anniversary) tp kuar cepat pulak..


Walaubagaimanapun.. perasaan penting.. dulu.. walaupun zahirnya bahagia.. batinnya aku tak pasti dengan perasaan aku sendiri.. mungkin kerana tidak matang atau tidak ada perbincangan.. tapi dari kesilapan yang berlaku dulu.. kehidupan kami bertambah bahagia.. cik pompuan.. jangan sesekali ko goda en suami ku lagi.. kerana aku lebih mengenalinya dan menyayanginya.. en suami pulak.. soal hati.. jangan dikata saja2.. bila hati dah luka.. sendiri jawab.. aku dah biasa ada sorang emak.. sorang abah.. sorang adik.. sorang atuk.. dan pastinya sorang suami.. jangan sesekali sorang suami pulak ada 2 hati..
untuk tahun akhir ni aku sangat2 terasa bahawa beratnya nak menjadi seorang graduan.. aku ingin milikinya.. aku pasti akan milikinya 2011.. pastikan 2011 ko tak gi kuliah lagi lyn.. ko hanya tunggu surat untuk konvo.. cayok!!


Pastu boleh le berangan-angan dok kat meja cam ni..

Banyak lagi impian aku yang nak aku kecapi.. nak jadi kaya.. kaya ilmu.. kaya harta.. kaya budi bahasa.. kaya iman.. bisikan hati macam ingin sangat nak gi umrah.. tapi aku nggak punya uwang.. kalo au punya uwang yang banyak hari ini jg aku daftarkan nama.. di tanah suci nanti ingin aku mengadu pada Nya apa yang terbuku dihati ini.. bukan tak boleh mengadu di atas sejadah.. tapi hati ku meronta2 nak kesana..


Oklah.. bila punya ruang waktu aku citer2 lagi.. nak siapkan assignment.. x bole citer panjang.. papaii..











Sunday, September 26, 2010

Masuk Semester Baru..

Salam sahabat sekalian...

Selamat hari raya...

Kini aku melangkah ke sem akhir.. harap2 semuanya berjalan lancar agar aku dapat mencapai satu lagi impian aku selama ini.. aduhhh.. aku ni bukannya jenis sederhana.. maksud aku.. dari sekolah dulu aku ni bukan excelent pun.. kelas sederhana sahaja.. so korang paham2 je la.. kalo x.. dari dulu aku dah gi U.. ni dah berkarat baru nak masuk U.. tu yang beku sikit... what ever.. harapan aku agar korang doakan aku berjaya menggapai impianku...

Monday, August 23, 2010

Rindunya pada blog ini...

Mesti Baca!!!

Salam Ramadhan....



Terlalu lama rasanya aku x update N3 aku ni.. bukan aku melupakannya.. tapi masa yang mengizinkan..



Sekarang ni dah pun masuk bulan puasa.. dah puasa yang ke 13 pun.. tapi persediaan raya.. ala kadar.. kjaan pun x umumkan bonus.. baju raya anak2 abang dah beli.. tapi ala kadar je..



Dimasa2 aku menyepikan diri tu.. aku sibuk dengan persiapan nasyid peringkat negeri.. kursus.. dan lain2 lagi.. so.. tidak berkesempatan.. la ni pulak tengah musim2 exam.. tapi aku curi juga masa untuk update N3 ni.. bCoz.. aku merinduinya..



Dalam bulan ramadhan ni.. hati tersentuh bila mengenangkan ramadhan 2006.. keluarga kami dikejutkan perkhabaran pemergian arwah sepupuku Allayarham Khairuddin Bin Barudin..



Ingin aku kongsi kisah tu.. seminggu sebelum raya.. lepas bersahur.. aku terkejut dengan deringan telefon.. bila aku angkat..



" Lynn.. mak cakap ko jangan terperanjat.." suara mak aku.. "Kenapa mak?" balasku. "Din dah meninggal.. " kata mak "Sapa?" jawabku.. "Din.. Din Itam.. Dia eksiden.. mak baru tau ni" jawab mak lagi.. "Ya Allah! Ema dah bersalin ke lum?" tanyaku lagi.. "Belum" jawab mak.. "Innalillahhiwainnalillahhirojiun.." kata ku lemah.. "Ok lah.. mak nak gi hospital ni.."

Rasa nak terduduk.. Dia memang nakal.. tapi dia sepupu yang sangat rapat denganku.. dah macam adik beradik.. boleh kongsi2 baju.. kongsi makan.. kenapa kau pergi dulu.. kau muda lagi.. 18.10.2006.. tarikh yang segar dalam ingatanku.. kenapa cepat sangat kau pergi.. macam2 yang bermain dalam ingatanku..

Lepas solat subuh.. aku bergegas berkemas untuk balik ke segamat.. airmata sentiasa bercucuran.. x boleh aku tahan.. setibanya aku di rumah atuk.. aku nampak atuk sangat tenang.. Jenazah masih dihospital untuk dibedah siasat.. Sepupu yang lain semua terus menuju ke hospital.. Trak askar tiba dipekarangan rumah untuk mengesahkan tempat pengkebumian.. airmata aku seperti tiada tanda untuk berhenti.. apa lagi bila menerima kunjungan jiran2..

Selepas solat Zohor.. aku duduk ditangga beranda rumah atuk.. kereta abah sampai.. disusuli dengan Van Jenazah.. Hatiku berkata.. "Din.. malam tadi kau keluar naik motor.. kau x balik.. tapi hari ni kau pulang dengan van jenazah.." Itam (ibu saudaraku) turun dari van jenazah.. aku terus memeluknya.. diikuti dengan Ema isteri arwah yang sarat mengandung... kemudian beberapa orang askar mengusung jenazah naik kerumah atuk.. semua orang tenang..

Sejurus kemudian.. atuk menghampiri jenazah.. Atuk cium jenazah lalu mengangkat tangan "Ya Allah ampunkan lah cucu aku Ya Allah.. Patutnya dia yang usung jenazah aku.." Semua orang tak dapat menahan sebak.. termasuk askar2 yang gagah perkasa.. Airmata aku sememangnya tak berhenti.. sepupu2 juga.. kami berjalan kaki mengikut jenazah ke tanah perkuburan..

Disana.. aku melihat mereka yang pernah menganiaya arwah.. seperti orang tiada perasaan.. hati ku sakit yang teramat.. Lebih kurang sebulan aku termangu atas pemergian arwah.. sehingga kini aku x boleh melupakannya.. dan yang menyayat hati.. sehingga kini kami masih tak tahu bagaimana kemalangan itu terjadi.. tiada yang tampil menceritakan keadaan sebenar.. cuma kami dapat lihat di jaket yang arwah pakai.. ada kesan tayar motor..

Ya Allah!! kami tak dapat menolak ketentuan mu.. Kau ampunkanlah dosa kami.. dosa mereka yang telah pergi.. Ampunilah kami yang selama ini sombong dan bongkak berdiri di atas bumi Mu.. Ampunilah dosa kami kerana telah melupakan kekuasaanmu.. Namun kami tahu kaulah Allah yang maha pencipta.. maha mengetahui.. maha berkuasa bagi sekian alam.. tiada yang boleh mengubah ke atas apa yang telah ditentukan oleh Mu.. Ampunkan lah sepupuku Allahyarham Khairuddin Bin Barudin.. Amankanlah rohnya disana.. Dalam kesilapan yang dilakukan.. ada kebaikan yang pernah dilakukan.. kau pertimbangkanlah amalan kebaikannya.. Ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha penyayang dan maha mengetahui.. Amin..



"Din.. kau pergi terlalu awal.. kau pergi diusia muda.. kau pergi tanpa sempat melihat zuriatmu yang kedua.. Muhhamad Syawal Bin Khairuddin.. Kau pergi ketika Amirul memerlukan kasih sayangmu.. Allah lebih menyayangimu.. Aku tak tahu kenapa aku terlalu terasa atas pemergianmu.. Keluarga kita kecil.. kita semua bagaikan satu keluarga..


Gambar Muhd Amirul (TShirt putih) dan Muhd Syawal (tiup lilin)









Din.. dalam kekerasan hati kau.. aku tau kau sangat penyayang.. kau sangat baik.. kau rajin membantu orang.. aku ingat lagi waktu aku mabuk mengandung anak pertama.. kau datang menghantar makanan kiriman atuk pada aku.. waktu aku lapar.. aku telefon kau.. segera ko datang belikan aku makanan.. ketika aku nak pindah rumah.. kau datang membersihkan rumah kami.. kau yang selalu datang menziarah mak aku..


Tapi semua tinggal kenangan.. ianya x mungkin berlaku lagi.. kau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.. Kini 2 orang anak yatim itu perlukan kasih sayang... duit bukan segalanya.. Kasih sayang tak dapat dibeli..


"Engkau tiba bagaikan pelangi..
Tak bercahya.. Namun kau berseri..
Tapi cukup menghiburkan hati ini..."


Salam terakhir..
kali terakhir kita berbicara ketika kau dilanda masalah dengan isterimu..


Kau Permata yang Hilang..

Tuesday, June 15, 2010

Cuti @ Puspanita..

Tarikh Peristiwa :- 27-29 Mei 2010
Walaupun dan lama berlalu nak aku kongsikan juga. Kenapa? kEnANgaN... nape x awal2.. x smpat..

Pada 27hb tu 12.00am.. atas keizinan somi tersayang.. aku pun bersama yg lain berkumpul di Pejabat Daerah.. kami naik bas Star 700.


ni gambo dah siang
Dibawa oleh SUPARJO.....

Perjalanan yang hujan dan sejuk, membuatkan tak terasa... kerana kepenatan melayan anak2 sebelum mak bawa balik segamat.. membuatkan perjalanan aku singkat.. sbb tido je... Setiba di Kuala Kangsar.. kami semua turun di sebuah masjid... mandi dan solat.. kat situ agak selesa ar.. ada bilik2.. apa yang terjadi? waktu kami sibuk2 nak pakai baju apa? sesuai tak? tudung apa? datang si yana...

pergh!! haru aku tgk.. tdg batu 3 line...

Lepas dah bersiap2 kami gi sarapan kat resthouse kuala kangsar.. di sponsor oleh Puspanita Kuala Kangsar.. mmg sronok..






lepas tu perjalanan diteruskan ke Galeri Sultan Azlan Shah.. Banyak ilmu kat sana.. Makan tengahhari ditempat yang sama.. Agak menyeronokkan...

Galeri Sultan Azlan Shah









Masa Makan...








Gambor2 di depan rest house..







Perut dah kenyang kitorang terus gi tepat orang wat labu sayong.. terror mamat ni.. seni tangan dia...




Dah abis punggah kat tempat labu sayong ni kami gi penang pulak... destinasi??


Rumah Kediaman Rasmi Datuk SS.. bangga seh... pelbagai hidangan disediakan. Laksa penang.. Mmg Kaw!!!













Licin mangkuk Laksa.. nak tambah malu!!



Malam tu kami balik ke perlis.. singgah makan di Gurun.. check in di politeknik arau.. BUMMM tido! esok nak bangun pagi.. nak naik feri awal..






Mcm perkara berlaku diawal pgi.. biasa ar rebut bilik air... sampai kat jeti masih gelap.. dalam feri masih sempat possing2.. mmg gila bergambo.. kat langkawi.. aku byk tido.. tu yang x syok.. pasal pe? tersalah makan ubat sakit kepala.. termakan yang malam punya.. sib baik aku x kena jual ngan suparjo. yang lelain dah kemaruk naik cable car.. oleh kerana aku dah skolah tinggi.. gayat aku lebey.. aku x joint diorang..
Ni kat tempat minyak Gamat...
Kenangan terakhir di Politeknik Arau...
Perjalanan hari terakhir sebelum balik.. singgah kat tempat ikan pekasam....


mak oi!!! kena rompak nanti..
Kat Padang Besar....





Barang2 ni bukan aku punya... diorang yang shopping maut.. Ni perjalanan balik ke Ledang... dalam kul 2.00 pagi kami sampai kat Ledang...
Pas tu aku terus balik Segamat jenguk anak... Percutian yang menyeronokkan!! Bersama kengkawan.. Untuk Abang... Terima kasih sebab benarkan Lynn pergi... Mak.. Thanks jaga anak2.. Sib baik ada mak.. Buat kengkawan.. Dewi.. Yan.. Yana.. enjoy jalan ngan korang.... Kenangan yang pasti aku rindu selamanya...

Thursday, June 10, 2010

alahai sayang..

Imran Ajmain...
Selamat Ulangtahun Sayang...


Monday, May 24, 2010

Aduh... Impianku tercapai..

Sebagaimana yang korang tau.. aku mempunyai 1000 impian.. hari ni aku nak kongsikan dengan korang sepertimana yang telah aku janjikan..

Impian ku kini yang salah satu dari 1000 tu kini telah menjadi kenyataan.. hehehe.. aku kini memiliki sebuah perodua viva milikku sendiri.. terima kasih abang.. pada 18 mei 2010.. aku telah menerima kuncinya tepat jam 4.35 petang.. cuma gambo nya tengok ar sendiri kat perodua muar.. hhihihi.. nanti kalo ada aku upload la.. malu nak amik gambar.. cuma masa penerimaan je diorang amik kat perodua.. Bangga.. bila lihat JME 7500 didepan mata.. 18 mei tu birthday damien.. tapi aku lak yang dapat hadiah.. baby jangan marah.. ayah nak bagi 1 jun 2010 sebenarnya.. tapi dah sampai awal.. so merangkap la..

kemana dah aku bawa?? 2 hari gi exam kat BP.. than gi kuliah le... pas tu bawa la anak2 ronda muar.. hehehe.. nanti ibu bawa jalan lagi eh.. perasaan??? sesapa yang dah ada keta sendiri tu tau le.. dulu bukan x de keta.. ada.. tapi nama abang.. ini milikku sendiri.. hahaha... seronok tau.. walaubagaimanapun beringat.... insya Allah nanti aku upload gambo nya eh..

tadi dah mula kuliah pertama.. bersemangat pergi ngan keta baru.. tapi apa yang nak diceritakan kat sini sem ni aku kesunyian.. slalu kami cam 3 stoogest (tul ke eja ni..) tapi kali ni aku solo.. yang sorang extend.. yang sorang slot lain.. huh... dah cam student baru aku.. mangu.. lepas abis kelas.. berdesup aku balik.. pening ma.. subjek kemuncak..

Esok mulakan kerja.. harap2 ceria.. sebab hati gundah dulana ngan ofis.. ati ada sakit...

Sunday, April 25, 2010

Alahai Penatnya..

Hai kawan2..

Apa yang membuatkan lamanya aku tak masuk N3.. b'cause aku sibuk dengan aktiviti Sukan Dalaman Pejabat Daerah.. Bermula pada 22 April 2010 dengan acara badminton.. Pergh.. semangat jgn ckp.. kawan2 yg lain.. dengan kasut baru.. raket baru.. beg baru.. aku je x de.. ada tak de.. stokin je baru.. hahaha....

hari pertama tu.. kumpulan aku iaitu D'13 menentang kumpulan Pasukan Budak Baru Belajar.. Untuk acara Double aku menang.. tapi single aku kalah.. dalam set penentuan tu.. aku pancit.. apa taknya.. pagi tu pekena nasi beringin gile2... pedih gile perut.. dah tak larat.. gi pun diorang main skali.. aku 2 kali.. pergh!!!

hari kedua lagi melengit.. malas aku nak citer.. apa yang aku nak citer.. pertandingan badminton MSSJ 2010 dibuat di Ledang 23-25 April 2010.. berpeluang aku tgk.. perghhh!! bawah 12 punya pukulan aku rasa pun lum tentu aku dapat kawal bola.. ligat giler.. apa pun MUAR ramai yang ke Final.. best giler tengok diorang main..

Petang tadi aku terpaksa bertugas untuk Pertandingan Zapin Daerah Ledang.. tengok yg kecik2 tu best ar.. comelnya...

Dalam pada tu harus aku akui.. masa mencemburui aku... Sok aku exam.. paper Pengajian Malaysia.. harap2 keputusan aku lebih baik dari sebelum ini... Ya Allah terangkanlah hati hambamu ini...

Monday, April 12, 2010

Seronoknya sesekali dapat relaks..

Salam 1 Malaysia..

Hari ni aku exam untuk paper multimedia.. ni favourite paper aku.. so dapat la aku jawab ngan lebih meyakinkan dan tenang.. Pagi2 lagi lepas hantar Mien dan Fiffy, hati aku tak dapat buat keputusan.. nak pergi ikut highway atau ikut jalan lama.. oleh itu.. aku amik keputusan untuk isi minyak dulu.. memandangkan jam belum pukul 8.00 aku amik keputusan ikut jalan lama.. Sampai di OUM lebih kurang 10 minit sebelum exam..

Masuk je dewan exam.. aku terus duduk di meja aku.. MK016.. huhuhu.. tengok je soalan memang boleh senyum ar.. harap2 bolek skor.. tinggal tak berapa bulan je aku nak habiskan study.. plan aku lepas abis.. sementara nak tunggu konvo.. aku nak repaire paper2 yg buruk keputusannya.. hahaha.. padan muka.. main2 lagi.. bukan main2 ma... x concentrate.. busy..

Aku dah berangan2.. nak konvo nanti.. nak bawa abang, anak2, abah, mak, eddy, mak mertua.. kalau abah mertua ku sihat.. boleh bawa.. kalo atuk larat nak ikut.. aku nak bawa.. pergh!! sewa bas ke lynn? dalam dewan konvo.. aku nak pastikan abang dan mak ada.. sapa nak aku ketuk untuk teddy bear.. sapa nak ketuk untuk flower.. hehehe.. berangan je.. PERCUMA... 2 org dalam ingatan aku.. eddy ngan abang.. hahahaha..

Balik exam.. sampai rumah lebih kurang pukul 11.30.. lepas makan.. aku on9 fb.. jumpalah kengkawan2 lama.. yg best tu ada member zaman skolah dulu.. zaman skolah rendah.. klakar ar tgk gambo zaman skolah..

petang tadi aku pergi rumah makcik Hajar.. sapa mak cik hajar ni? tukang urut.. badan aku yg dah lama sakit2 ni perlu aku service.. mana tak nya semenjak dok jaga pembangunan aku tak relaks langsung.. balik dah nak maghrib.. malam sambung lg wat keje.. jangan kata anak2 aku kurang kasih sayang.. dari dalam perut aku bawa kemana2.. aku pernah bawa pergi skolah masa keja kat skolah dulu.. x de masalah.. yang penting aku jaga anak aku sendiri..

oleh kerana esok nak gi jb.. aku wat keputusan ari ni tak masuk ofis.. sebab.. kalo dah masuk ofis faham2 jela.. dok umah ni perut mereka macam2.. tengok makanan sedap smuanya.. apa yang aku idamkan.. nak order kek kak leeya.. tengok dalam fb tak leh tahan... tunggulah aku berUang..

untuk kak leeya.. semoga bisness d'mecake tu berjaya.. t boleh wat jual slice pulak.. kek kak leeya setanding secret resepi.. Ummmmpphhh!!!

Saturday, April 10, 2010

apa yang menyeronokkan..


Kenapa dengan gambar2 ni?

apa yang menyeronokkan.. kerana ia telah dan akan menjadi sebahagian dari impian aku.. huhuhu..



Handbag ni.. hanya tersimpan dalam hati.. niat dihati nak pakai handbag mahal.. tapi x mampu rasanya nak beli sendiri.. kalo beli bukan x bole.. tapi byk benda len yg perlu.. aku berhasrat agar abang dapat belikan.. tapi dalam hati..

Masa on the way nak gi JB.. kami singgah di R&R Machap.. aku letak handbag atas meja.. abang pun tegur..



"dah koyak2.. belila yang elok sikit.. mahal tapi berbaloi.."



spontan je aku jawab..



"abg belikan yang baru.. gi pun masa bagi hantaran je la yg abg belikan.."



abang senyum je...

Lepas urusan lain siap.. kami pergi Angsana.. target nak belikan Mien kasut.. sian.. kasut dah sempit.. Jalan punya jalan.. ternampak handbag offer hingga 80%.. aku saja belek2.. than tinggalkan.. lepas beli kasut Mien.. abang tanya..


"nak handbag tak?"

"nak.. kalo abg nak belikan.."


huhuhu.. ade ke tak nak.. itulah hasilnya... harga?? asal RM325.00 tinggal RM115.00 Alain Delon.. Aduh!! terharu.. sebab.. Carlo Rino.. Alain Delon.. Bonia.. memang menjadi idaman aku.. Beli sendiri.. pk 2,3 kali..


TERIMA KASIH ABANG....

Gambar yang atas tu?? VIVA ELITE??? haa.. tggu suatu hari nanti.. ia menjadi milik aku... kalo dah jadi milik aku.. blog ni menjadi perkongsian utama.. Tunggu...

Saturday, March 20, 2010

Letihnya otak..

Ya Allah.. besarnya dugaan.. dugaan nak abiskan 3 sem lagi.. kepala sakit.. dah ujung2 ni subjek smua giler2.. Java.. aduhh... pening!!!!

Hari ini.. celik je mata.. aku terus ngadap assignment yang aku buat dari malam tadi tak siap2.. berhenti sekejap2 untuk memberi laluan ke dapur.. pinggang jgn ckp ar.. sengal dibuatnya.. lepas duduk.. nyarap.. aduh!! esok nak hantar.. tepon madey.. dia ckp lum siap.. tp boleh kata nak gi kuar.. argh!! tension aku kali ni nak menyiapkan assignment ni.. Multimedia nampak senang.. tp letih otak aku.. databased.. aduhhh!! Salah sikit tak mau run.. mak......

Ya Allah permudahkan lah aku.. cabaran nak menyiapkan assignment ni memang besar bagi aku.. disamping memikirkan nak keja lagi.. arghhh!!!

Wednesday, March 17, 2010

Suka Duka Hidup..

Pelik bebeno tajuknya ye... saja nak merapu kisah lg awal bulan... melepaskan rasa.. asalkan tak nyusahkan orang.. ada aku kesah... huhuhu...

Firstly.. hAppY beSdaY Kakak!!! malas nak cakap belated, pasal dah sambut.. hehehe.. Birthday Aina yang ke sepuluh tahun.. malas nak uplod gambar.. sorry lah ek.. Semoga bertambah rajin.. janji nak dapat no. 1 tahun ni.. masa nyambut tu.. ngan kuarge balong jer.. 4.3.2010

Tak lupa gak tahniah pada diri aku sendiri sebab dah melepaskan dunia perkhidmatan yang menyebabkan aku mendapat ramai musuh buruk sangka.. huhuhu.. la ni aku dah jaga bahagian pembangunan masyarakat mulai 1.3.2010.. keja ngan penghulu.. org miskin.. haaa.. syabas!!! Teruskan usaha..

Cayok ar amik PTK.. saja nak mencuba.. dapat cemerlang Alhamdulillah.. Baik pun dah ok.. PTK yang aku kata kat Grand Paragon Hotel 8.3.2010 ari tu..

Tahniah wat andak.. Selamat Bertunang.. harapan aku dan tak tau le kuarga lain.. tunang andak ni tak berperangai cam yang dulu.. kalo boleh rajin2 ke dapur.. jgn dok mendongak je.. Kami ke Pengkalan Balak 14.3.2010.. layan... Banyak seh adat sana adat sini.. bukan nak komen lebey2.. nanti mak metuo den kecik ati lak.. adat banyak men duit ni yang x berkenan.. smua nak follow adat dia.. mcm johor x de adat... gambar ada tp malas ar nak uplod..

Siang tadi.. 16.3.2010 aku exam mid term.. harap2 kali ni boleh dapat A.. paper Introduction to Multimedia dan boleh confident jer.. tengok la final nanti.. ari ni aku memerap kat OUM coz.. 3 paper strait lagi kul 9.00am.. berasap juga ar kpala... aktiviti petang selasa mcm biasa ar.. main badminton..


sok bangun keja.. keja..keja.. keja.. srnok kalo srnok kerja ni.. tapi bila ada jiwa2 sengal.. ada ampai2.. bosan lak jadinya..

Sunday, March 14, 2010

Ku Kenang Dan Ku Renung..

Termenung ku seketika.. mengenangkan perjalanan kehidupan membesarkan anak2 dengan pelbagai dugaan..
1 JUN 1999 bergelarlah aku sebagai seorang isteri, yang menjadi milik si suami.. hari penuh sejarah.. suami mengisi kekosongan hati.. melepaskan aku dari kongkongan selama ini.. Hidup kami tak mewah.. rumah bergema menandakan sekadar apa yang ada.. teringat pada hari pertama berpindah kerumah abang.. sayu hati.. kami sama2 berkemas.. membeli peralatan untuk memasak.. menonton tv comel milik abang.. di atas sekeping tikar dan toto pemberian emak.. sehinggalah aku sarat mengandung... maklumla.. aku pun bergaji hari je di Pejabat Tanah Segamat.. masa tu kecik sangat gaji..
3 MAC 2000 kami dah balik kerumah emak kerana tarikh bersalin aku dah semakin hampir.. malam tu.. abang pergi melakukan aktiviti rutinnya.. main badminton.. aku tinggal dirumah bersama adikku yang sedang cuti.. emak dan abah pergi berniaga.. biasanya, jam 2,3 pagi baru balik.. lebih kurang jam 11.30mlm abang balik.. sambil mengusap perut ku abang berkata dengan bakal anaknya.. "keluar cepat ya sayang.."
4 MAC 2000 - lebih kurang jam 6.00pagi.. perutku memulas.. kusangkakan tentu kerana makan satay dan air coke cola malam tadi.. aduhh... memulas x terkata.. ku kejut suami ku.. "abang.. esok belikan bangku.. x tahanla.. susah nak buang air.. sakit kaki ni.." sampaila pukul 7 pagi.. aku x tahan lagi.. abang panggil emak.. mak kata aku nak bersalin.. aku kata x.. nak buang air.. mak suruh aku mandi.. dan ke hospital.. masa tu.. abang bawa kereta dengan tak tentu arah menuju ke hospital Segamat.. keluar je dari kereta.. belum sempat duduk.. air ketuban ku da pecah.. jam menunjukkan 8.15.. aku dah mula mengeliat menahan sakit.. tepat 8.30pagi.. aku melahirkan anak perempuanku Noor Azza Aina.. 3kg.. nak membesarkannya dalam kami masih sesak.. walaupun orang tak nampak.. kami pergi kerja naik motor.. hujan panas.. sebab nak jimat.. masa tu.. gaji kecik.. tapi orang kata rezeki anak.. Tuhan tentukan.. mulanya mak saudara ku jaga waktu kami kerja.. pas tu mereka nak ke Mekah.. abah amik alih.. manjalah dia.. akhirnya aku mengandung anak kedua.. rezeki juga tu.. aku dapat tawaran kerja berjawatan tetap.. hmmm.. x le gaji hari lagi.. 2.1.2002 aku mula kerja di SK Pemanis 2 sebelum bertukar ke PPD segamat..
8 JULAI 2002 - sepatutnya hari ini abang pergi kursus.. tapi pagi2 lagi pinggang ku mula sakit.. terus kami ke hospital.. takut macam anak pertama.. sampai di hospital.. Allah mak hai.. x sakit jadi sakit.. macam2 diperiksa.. akhirnya aku diarah masuk kewad 9 hospital Segamat.. nurse pesan jgn baring.. jalan2.. aku pun turun kebawah.. tunggu abang datang waktu melawat.. mak pun datang bawakan makanan dengan air teh bercampur majerin.. kata mak petua org india nak senang bersalin.. aku pun telan.. uwekkk.. nak muntah.. lepas je minum.. aku mandi.. siap je mandi, perut ku sakit.. nurse cek.. katanya dah dekat.. bisanya Ya Allah.. darah yang keluar.. sampai ke dewan bersalin.. mereka pecahkan air ketuban.. azan maghrib berkumandang.. aku sedang bertarung dengan kesakitan.. selesai je azan.. beri laluan bidan ku yang puasa berbuka.. lebih kurang 7.45 aku bersalinkan putera hati Muhammad Azza daniel.. 2.6kg..
Daniel x banyak ragamnya juga.. Mak saudara aku yang menjaga mereka berdua.. Orang kata rezeki anak.. Abang dapat juga pakai kereta idamannya Honda Accord.. WCY 8348.. masa tu umur Daniel setahun lebih.. kakak pun dah sekolah tadika kemas kg berata.. beria2 nak sekolah.. sampai la 15 Jun 2004 abang di arah bertukar ke Tangkak...
DUGAAN... susahnya nak cari orang menjaga anak.. membuang air mata aku.. berbulan2 aku bawa atuk duduk bersama.. semata2 nak tunggu anak2.. sementara aku dapat kan pengasuh.. semuanya duitan.. mahal.. aduh.. sebahagian gajiku kena kuserahkan ke? akhirnya kami buat keputusan hantar anak ke Taska.. faham2 je la.. amik anak kena timenya.. cuti sekolahla yang paling masalah.. Taska tutup.. teringat aku masa tu.. anak2 ku angkut ke sekolah.. bawa susu dan tilam kecil.. Ya Allah hati ku menangis.. nasib baik lah guru besar tak kesah.. tak tahu la belakang.. Ada yang terpaksa aku ajak adik ipar ku.. ntah rela ntah tidak.. aku upahkan juga.. hari demi hari aku lalui.. mereka lihat aku ketawa.. aku senyum.. dukanya tersembunyi di hati.. anak2 sebenarnya terbiar.. kakak kata orang ejek adik.. aku pesan pada mereka jangan lawan..
7 Ogos 2005 - Pagi2 Ahad tu aku rasa sakit pinggang semacam.. adakah kerana malam tadi kami berjalan jauh di pasar malam.. hati cuak juga.. tapi kami kemas juga baju.. aku telefon mak.. mak suruh ke hsopital.. anak2 semua aku kejutkan.. aku kejutkan atuk.. bergegas semua berkemas.. ya.. sakitnya seperti nak bersalin.. sampai je di sagil.. aku dah mula terdiam menahan sakit.. bila tiba di jementah.. sakitnya mula bertambah.. aduh!! tangan abang aku pegang kuat.. bila sampai di segamat.. trafik light merah.. aku dah x boleh tahan lagi.. aku telefon mak.. mak dah standby di hospital.. sampai je depan pintu hospital mak dah menunggu.. mak tolak aku naik lif.. "mak air dah pecah.." sampai didewan bersalin.. aku mula rasa kepalanya dah menyengkang.. naik je di atas katil.. nurse terdiam.. tak sempat nak tarik drip air.. anak ku dah keluar.. Noor Azza Sofea.. 2.7kg.. nasib baik sempat tiba di hospital.. teruklah abang kena marah dengan doktor dan nurse.. diam ajela.. Mula2 kami plan nak amik bibi untuk jaga mereka.. tapi kedua2 yang aku terima aku tak boleh terima.. so akhirnya hantar rumah mak yah je.. sampailah angah pun dah sekolah.. sofea masih tinggal dirumah makyah.. sampaila aku mengandung yang ke4.. dalam masa tu aku dapat jawatan yang aku impikan.. Pembantu Tadbir.. Aku mula melaporkan diri Di Pejabat Daerah Ledang.. Pejabat baru.. dah tentu mulakan kerja baru.. aku tabahkan hati.. aku rela kerana aku suka kerja ni.. Sehingga aku dah sarat pun aku masih fikirkan kerja.. Ingat lagi..
17 Mei 2008 - hari ni aku harus membuat rawatan di klinik swasta di Muar.. aku memang merancang nak bersalin disini kali ni.. rezeki pun ada.. nak cuba bersalin di swasta.. doktor kata air ketuban ku dah sikit.. next week tak bersalin.. kena oaksa masuk ubat.. alamak.. due date lama lagi.. hati aku mula risau.. balik dari klinik.. kami tak terus balik.. aku suruh abang bawa aku jalan2.. waktu di giant.. aku mula rasa perut ku kejap tegang.. baby penat agaknya.. malam tu lepas abang picit kaki.. aku lena tidur.. dalam mimpiku.. aku ke klinik.. nurse2 yang ada kata aku dah nak bersalin.. kejap je lagi.. seorang tua yang kononnya bidan pun kata begitu.. akhirnya aku tersedar.. rupanya dah pagi.. pinggang dan punggungku rasa sengal..
18 Mei 2008 - aku ajak abang ke klinik.. "jomla abang.. nanti kalau belum nak bersalin kita balik.. taku jadi macam fiffy.." belum sampai di Muar aku dah mula rasa sakitnya 10 minit sekali.. "ye la kot nak bersalin ni bang" sampai je diklinik.. nurse kata doktor belum datang.. yela.. baru pukul 8.00 pg.. tapi tak pula nurse ni telefon ke.. walau abang berkali2 kata aku tak pernah keluar tanda seperti orang lain.. nurse ni macam tak percaya.. tiba2 aku rasa seperti nak meneran.. nurse2 tu mula gelabah.. "kak tunggu doktor ya" ada ke orang nak bersalin boleh tahan2??.. masuk je dewan bersalin.. tak sampai 5 minit aku dah bersalin.. doktor pun masuk.. lahirlah Muhammad Azza Damien 2.8kg.. "kenapa tak panggil saya?" Hmmm masak korang kena marah... aku dah cakap tadi.. puas le nurse tu minta maaf.. doktor pun minta maaf pada aku.. tapi memang ada bezanya bersalin diswasta.. selesa tu.. ok la.. dari segi kesakitannya pun ada beza.. maksud aku lepas bersalin.. aku nekad.. lepas ni nak bersalin lagi.. simpan duit.. memang berbeza.. kini mien dah hampir 2 tahun..
Aina, Daniel dan Sofea dah sekolah.. Aina dan Daniel menghabiskan masa di sekolah.. Sofea petang ke rumah pengasuh.. Mien disitu.. apa yang membimbangkan.. mana nak aku hantar anak2 kalo dia dah tak nak jaga? Kerja sekarang seperti tak memberi ruang kami dengan anak2.. tak kira hari minggu.. cuti.. Pengasuhku juga dah mula berbunyi.. bila imbas kembali.. Fiffy jatuh dari kereta.. Mien... Kakak tersepit.. Angah jatuh.. aduh!!! anak2 ibu.. janganlah nakal2...
Hai anak2 ibu.. bukan ibu sengaja nak biarkan kamu... tapi keadaan.. mereka tak menghadapi.. mereka tak memahami.. Sabar ye nak.. Fikirkan saja masa depan mu.. selagi ibu mampu berdiri.. ibu akan uruskan kamu semua.. cuma adakalanya masa yang tak mengizinkan.. Kakak dah besar.. boleh tengok adik2.. Angah.. pun sama.. Yang penting pelajaran jangan abaikan.. Memang ibu tak dapat semeja.. tak bererti ibu tak ambil berat.. teruskan usahamu...

Saturday, February 20, 2010

dah lama tak layan tag..

Dengan hati penuh rela... akak ambil tag dari cik fara....

1-5 nama timangan

** lynn.. kengkawan la**

** adik.. bila ngan sedara2 yang dekat.. dan geng 5A, 5B SMKDBD 1994**

**cik nina.. anak buah belah aku**

**kak uda.. bila sebelah family suami**

**ibu.. untuk 2putera dan 2puteri**


2-5 tabiat/sifat buruk

**suka sangat memendam rasa.. nampak orang salah tapi aku yang tak bagi tau apa aku nak**

**garang ngan anak2**

**suka wat keja sorang2**

** tak pandai nak cari kawan**

**tido lupa dunia**

3-5 makanan kegemaran

**tomyam**

**kfc**

**mee bandung**

**nasi lauk asam pedas ayam**

**choclate cake secret resepi**


4-5 subjek pelajaran yang paling suka

**bahasa melayu.. kan senang nak faham**

**human resource**

**gelagat organisasi**

**prinsip pengurusan**

** multimedia**


5-5 benda wajib dalam purse

**duit**

*ic**

**lesen**

**kad atm**

**gambar abang & anak2**


6-5 topik yg biasa di bual bersama
**abang kat mana ni? bz ke ari ni?**
**abang.. nak makan apa hari ni?**
**abang.. bengang ar kat opis tu .... %@&#%>**
** tentang anak2**
**tentang cita2 nak pakai keta apa**
hehehe.. dah lama tak layann tag.. pe lagi.. kak leeya, yana layan tau tag ni..

Friday, February 19, 2010

Kekuasaan Allah

Hai.. sahabat2 sekalian..
Aduh... lama dah x update n3.. bukan merajuk.. tapi x de keizinan masa untuk dok depan blogger ni.. apa yang berlaku????
Biasala... cuti tahun baru cina.. lama.. aku??? balik kampung la.... Jumaat 12.2.2010, malam aku dah sampai di Kampung Sawah Baru, Labis.. umah omak mertuo la... ada la adik beradik yang dah balik.. kak ngah, ateh, acik.. bila dah balik apa lagi.. masak2.. makan.. nak dijadikan cerita.. pada 13.2.3010 (sabtu) lebih kurang kul 4 ptg.. kami sekeluarga bersantai diluar umah.. dok bawah pokok rambutan.. berbual2.. sambil menikmati minum petang dan juga melayan anak2 buah main layang2.. bila dah main layang2 semua mendongak kelangit.. tiba2 anak saudara aku.. anak kak ngah ternampak awan yang tak ubah tulisannya "alif, lam, lam, ha" kata dia..

"eh tengok.. awan tu macam tulis ALLAH"

anak aku daniel pun berlari pada aku.. cakap benda yang sama.. tapi sibuk berborak cam tak layan.. dia gi kat ayah dia.. abang pun panggil aku.. aku pun mendongak.. betul.. memang saling tak tumpah..

betul tak? aku dah siap tolong lorekkan.. untuk korang yang lembs..babs...


pas tu.. tak lama mak mertua aku lak perasan.. perkataan "Mim.. Ha.. Mim.. Dal" tengok eh..

besarnya kuasa Illahi.. dulu aku hanya tegok kat internet.. atau dengar cerita je.. tapi ni real depan mata.. macam sedih pun ada.. ntah apa yang Allah nak ingatkan.. maklumla.. anak2 muda masih lagi sibuk nak sambut valentine sok ari nya..

Bertaubatla.. Dunia semakin tua..





Saturday, January 23, 2010

Takziah!! buat kerabat Sultan Johor..



Anak Johor digemparkan dengan pemergian Sultan yang berjiwa rakyat.. AL- MARHUM SULTAN ISKANDAR.. Takziah buat kerabat baginda..

Aku ni sentimental sikit kalo bab2 kematian ni.. walaupun kita tau semua orang gerun tgk Sultan kita ni.. tapi.. aku suka cara baginda.. tegas.. tapi bertempat.. lagi pun dah biasa kot.. abah pun keturunan bugis.. sama je caranya.. mula lah anak2 Johor berkabung.. esok aku ada kelas.. kena berkabung juga eh?? walaupun gi melaka.. hehehe...


SULTAN OF JOHOR IS DEAD Bernama - Saturday, January 23Send IM Story Print
JOHOR BAHARU, Jan 23 (Bernama) -- The Sultan of Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail, 77, died at the Puteri Specialist Hospital at 7.15pm after being admitted last night following an illness.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman in announcing the Sultan's demise said that his remains would be buried at the Bukit Mahmoodiah Royal Mausoleum at 2pm today.

"The Sultan of Johor was very much respected and loved," he said when reading the statement to announce the death of the Sultan at Bangunan Sultan Ibrahim, here last night.

He said the proclamation of the new Sultan of Johor would be made today at Istana Besar before the funeral.

Earlier yesterday, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar was appointed the Regent of Johor in a ceremony at the Istana Besar.
 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner