Monday, August 23, 2010

Rindunya pada blog ini...

Mesti Baca!!!

Salam Ramadhan....



Terlalu lama rasanya aku x update N3 aku ni.. bukan aku melupakannya.. tapi masa yang mengizinkan..



Sekarang ni dah pun masuk bulan puasa.. dah puasa yang ke 13 pun.. tapi persediaan raya.. ala kadar.. kjaan pun x umumkan bonus.. baju raya anak2 abang dah beli.. tapi ala kadar je..



Dimasa2 aku menyepikan diri tu.. aku sibuk dengan persiapan nasyid peringkat negeri.. kursus.. dan lain2 lagi.. so.. tidak berkesempatan.. la ni pulak tengah musim2 exam.. tapi aku curi juga masa untuk update N3 ni.. bCoz.. aku merinduinya..



Dalam bulan ramadhan ni.. hati tersentuh bila mengenangkan ramadhan 2006.. keluarga kami dikejutkan perkhabaran pemergian arwah sepupuku Allayarham Khairuddin Bin Barudin..



Ingin aku kongsi kisah tu.. seminggu sebelum raya.. lepas bersahur.. aku terkejut dengan deringan telefon.. bila aku angkat..



" Lynn.. mak cakap ko jangan terperanjat.." suara mak aku.. "Kenapa mak?" balasku. "Din dah meninggal.. " kata mak "Sapa?" jawabku.. "Din.. Din Itam.. Dia eksiden.. mak baru tau ni" jawab mak lagi.. "Ya Allah! Ema dah bersalin ke lum?" tanyaku lagi.. "Belum" jawab mak.. "Innalillahhiwainnalillahhirojiun.." kata ku lemah.. "Ok lah.. mak nak gi hospital ni.."

Rasa nak terduduk.. Dia memang nakal.. tapi dia sepupu yang sangat rapat denganku.. dah macam adik beradik.. boleh kongsi2 baju.. kongsi makan.. kenapa kau pergi dulu.. kau muda lagi.. 18.10.2006.. tarikh yang segar dalam ingatanku.. kenapa cepat sangat kau pergi.. macam2 yang bermain dalam ingatanku..

Lepas solat subuh.. aku bergegas berkemas untuk balik ke segamat.. airmata sentiasa bercucuran.. x boleh aku tahan.. setibanya aku di rumah atuk.. aku nampak atuk sangat tenang.. Jenazah masih dihospital untuk dibedah siasat.. Sepupu yang lain semua terus menuju ke hospital.. Trak askar tiba dipekarangan rumah untuk mengesahkan tempat pengkebumian.. airmata aku seperti tiada tanda untuk berhenti.. apa lagi bila menerima kunjungan jiran2..

Selepas solat Zohor.. aku duduk ditangga beranda rumah atuk.. kereta abah sampai.. disusuli dengan Van Jenazah.. Hatiku berkata.. "Din.. malam tadi kau keluar naik motor.. kau x balik.. tapi hari ni kau pulang dengan van jenazah.." Itam (ibu saudaraku) turun dari van jenazah.. aku terus memeluknya.. diikuti dengan Ema isteri arwah yang sarat mengandung... kemudian beberapa orang askar mengusung jenazah naik kerumah atuk.. semua orang tenang..

Sejurus kemudian.. atuk menghampiri jenazah.. Atuk cium jenazah lalu mengangkat tangan "Ya Allah ampunkan lah cucu aku Ya Allah.. Patutnya dia yang usung jenazah aku.." Semua orang tak dapat menahan sebak.. termasuk askar2 yang gagah perkasa.. Airmata aku sememangnya tak berhenti.. sepupu2 juga.. kami berjalan kaki mengikut jenazah ke tanah perkuburan..

Disana.. aku melihat mereka yang pernah menganiaya arwah.. seperti orang tiada perasaan.. hati ku sakit yang teramat.. Lebih kurang sebulan aku termangu atas pemergian arwah.. sehingga kini aku x boleh melupakannya.. dan yang menyayat hati.. sehingga kini kami masih tak tahu bagaimana kemalangan itu terjadi.. tiada yang tampil menceritakan keadaan sebenar.. cuma kami dapat lihat di jaket yang arwah pakai.. ada kesan tayar motor..

Ya Allah!! kami tak dapat menolak ketentuan mu.. Kau ampunkanlah dosa kami.. dosa mereka yang telah pergi.. Ampunilah kami yang selama ini sombong dan bongkak berdiri di atas bumi Mu.. Ampunilah dosa kami kerana telah melupakan kekuasaanmu.. Namun kami tahu kaulah Allah yang maha pencipta.. maha mengetahui.. maha berkuasa bagi sekian alam.. tiada yang boleh mengubah ke atas apa yang telah ditentukan oleh Mu.. Ampunkan lah sepupuku Allahyarham Khairuddin Bin Barudin.. Amankanlah rohnya disana.. Dalam kesilapan yang dilakukan.. ada kebaikan yang pernah dilakukan.. kau pertimbangkanlah amalan kebaikannya.. Ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha penyayang dan maha mengetahui.. Amin..



"Din.. kau pergi terlalu awal.. kau pergi diusia muda.. kau pergi tanpa sempat melihat zuriatmu yang kedua.. Muhhamad Syawal Bin Khairuddin.. Kau pergi ketika Amirul memerlukan kasih sayangmu.. Allah lebih menyayangimu.. Aku tak tahu kenapa aku terlalu terasa atas pemergianmu.. Keluarga kita kecil.. kita semua bagaikan satu keluarga..


Gambar Muhd Amirul (TShirt putih) dan Muhd Syawal (tiup lilin)









Din.. dalam kekerasan hati kau.. aku tau kau sangat penyayang.. kau sangat baik.. kau rajin membantu orang.. aku ingat lagi waktu aku mabuk mengandung anak pertama.. kau datang menghantar makanan kiriman atuk pada aku.. waktu aku lapar.. aku telefon kau.. segera ko datang belikan aku makanan.. ketika aku nak pindah rumah.. kau datang membersihkan rumah kami.. kau yang selalu datang menziarah mak aku..


Tapi semua tinggal kenangan.. ianya x mungkin berlaku lagi.. kau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.. Kini 2 orang anak yatim itu perlukan kasih sayang... duit bukan segalanya.. Kasih sayang tak dapat dibeli..


"Engkau tiba bagaikan pelangi..
Tak bercahya.. Namun kau berseri..
Tapi cukup menghiburkan hati ini..."


Salam terakhir..
kali terakhir kita berbicara ketika kau dilanda masalah dengan isterimu..


Kau Permata yang Hilang..
 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner