Wednesday, December 16, 2009

Apa nak jadi manusia tak bertamadun..

Tajuk yang aku masukkan ni agak pelik.. tapi kisah ni adalah benar.. tentu korang smua tak percaya tentang benda2 seperti buatan orang.. dulu aku pun susah nak percaya.. tapi.. bila dah terkena kat mak aku sendiri.. harus ke aku menafikannya.. badan mak mula kurus kering.. langsung tak da selera nak makan.. nak bawa diri pun tak larat..

Apa puncanya???? puncanya dari sahabat sendiri.. sahabat2 abah aku sendiri.. Lebih kurang hujung tahun lepas.. abah mulakan projek kolam ikan bersama beberapa orang kawannya yang salah seorang darinya aku kenal sangat2.. yang lain tu aku hanya tahu nama sahaja.. abah ditugaskan menyediakan modal tempat.. iaitu tanah.. yang lain2 mereka kata mereka uruskan.. pada peringkat awal nampak semuanya ok.. ikan pun dah banyak.. ramai juga orang kampung yang beli selain dari orang luar..

sampaila satu ketika.. mak bagi tau ada yang tak kena.. abah mula terasa dipinggirkan.. tak tau apa punca dan diamana silapnya.. tuduhan tak berasas.. jenis abah.. sekali terkena.. mampus tak layan.. dia mula malas nak turun kekolam.. kononnya, kawan2 yang berlagak tu dah upah orang.. aku pun malas nak layan.. seingat aku sebelum puasa.. lebih kurang hujung bulan Jun.. mak bagi tau dia nak tak sihat.. macam kena kayap.. mulut sakit melepuh2.. tak boleh makan.. dah jumpa doktor.. disamping tu berubat kampung.. dah hampir 10 orang mak pegi..

adalah suatu hari tu.. mak tepon bagi tau yang salah sorang yang mengubat dia bagi tau dia kena buatan orang.. Aduhhh!! aku balik kampung.. tengok mak lesu.. muka dia macam kesan2 melepuh.. makan tak boleh.. campur lak ngan sakit jantung dia lagi.. ada yang bagi tau ni permainan orang asli.. lagi la aku sedih.. macam2 tempat berubat.. hanya doa dan airmata je dari aku.. aku mati akal.. sesekali tengok mak ok.. b

lepas je hari raya aku agak sibuk.. dan aku juga ada beberapa masalah yang tak dapat nak aku luahkan.. ada satu hari edy adik aku bagi tau mak sakit lagi.. rupanya mak dah lebih teruk.. apa yang mak ceritakan pada aku.. rumah bau tahi.. bau kemiyan.. mak takut nak ke bilik air.. seperti ada yang meneman.. mak tak larat bila balik umah.. kat tempat keja pun mcm tu.. berpapah nak gi bilik air.. tapi keluar je dari kawasan umah dan tempat keja.. mak ok.. barulah rasa bertenaga.. perut kadang2 rasa mengeras.. abah kuat semangat.. tapi kena ganggu juga la masa nak tido.. abah rasa seperti ada yang menarik2 dan menguit2 kakinya..

abah tepon pak cik yang slalu ngubat mak.. boleh dikatakan selang sehari orangtu datang tolong.. akhirnya dia bg tau.. ni perbuatan kawan2 abah yang sama2 buat kolam tu.. dia nak kenakan abah.. tapi abah kuat semangat.. biadap.. duit dalam akaun habis di kejakan.. mereka pun ntah hilang kemana..

untuk korang yang melakukan perbuatan sihir ni.. demi Allah aku berdoa kepada Allah swt.. suatu hari nanti ko datang melutut dihadapan aku sekeluarga.. Dunia akhirat aku tak kan lupa perbuatan korang.. Dalam dunia ni aku hanya ada seorang ibu.. seandainya berlaku apa2 pada dia.. aku tak kan ampunkan korang..

Wednesday, November 25, 2009

Layan hati..

Layan hati ini untuk suami tercinta..
Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti
Andainya kau jadi milikku
Slaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu...
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu `tuk menatap matamu (Menatap matamu)
Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkan ku lepas walau sedetik pun
hu .. wooo.. wooo.. ooo..oo. oo..

Tuesday, November 24, 2009

Kita bertemu lagi...

Mmmm.... hari ni aku betul2 lega coz assignment baru je hantar.. ada tak de nak tunggu final exam.. minggu lepas pun dah abis kuliah.. so.. boleh lah aku relaxkan kepala sikit walaupun keja kat ofis sebenarnya melambak2.. at least.. boleh le tarik nafas yang sebelum ni mencungap..
apa yang berlaku selama n3 ni x di update???
apa kena mengena ngan bendaklah ni???


apa kena mengena ngan kami???

eiiii haaaa..... adalah sekali tu meeting.. seingat aku minggu tu meeting tak sudah2.. sampaile di hari kejadian terkeluarnye benda tu.. kisahnya kami nak meeting.. biasala.. bila meeting sinonim sangat dengan melantak.. so.. aritu en yahya yang selalu order makanan tu terlupa nak order.. so bila aku tanya.. "en yahya... ari ni meeting makan apa? " dia pun terkeZut... apa lagi melompat kekedai kak gee.. so kami naiklah meeting.. tak salahnya meeting MBJ.. keluar je lagi meeting room lebih kurang setengah jam.. ini lah hasilnya.. tak de catering yang wat cam ni.. first time... emergency.. wakakaka.... boleh la.. tapi isinya berbaloi...
Last week.. aku terpaksa hantar assignment financial aku pada hari bekerja.. so tak de pilihan lain aku terpaksa ajak salah satu bateri aku.. Huda mc.. so aku cekut dewi.. dalah kul 10.45 am kami cau cincau ke melaka.. lepas hanta assignment kami gi makan je.. nak shopping duit tak de.. gaji lum masuk.. hehehe... so pas tu terus bertolak balik ke tangkak.. aku saja nak test ikut highway coz nak try guna kad touch n go aku.. sebelum ni aku ikut jasin je.. jauh??? lebih kurang je.. yang haru nya.. sampai kad tol.. tangan aku kurang panjangnya... hehehe nak tau??? tak sampai nak touch.. apa lagi gabra gila.. so aku terpaksa tarik handbrake then terangkat le punggung nak menonggeng supaya sampai.. perghhhh!!! nasib baik le tak de keta kat blakang.. pas tu apa lagi.. melarah2 kami ketawa.. dewi oh dewi...
mak.... mak aku masuk wad lagi.. masalah yang sama.. Ya Allah!! aku belum bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang berat2.. uji lah aku dengan ujian yang masih mampu aku atasi.. petang tu kononnya telefon mak nak bagi tau nak kirim barang ngan m.. suruh mak tunggu.. rupanya mak kata mak kat hospital.. aduh!!! assignment tak siap... ahad ada kelas... kepala tengah sakit.. mampu ke aku nak settle kan sekelip mata.. rasa nak tumbang.. aku balik rumah... lepak.. teringat.. mak pesan.. "jangan bagi tau edy.. takut edy pun sibuk nak balik.. tak payah balik.. mak x de ape2.." Arghhh... oleh kerana aku sendiri tumbang.. apa mungkin aku nak balik.. kepala aku yang dah 2 ari mencerut2... aku sendiri berpapah dengan abang nak ke dapur... nasib baik juga ada kak ani.. aku menangis.. kenapa??? coz dalam kepala pk.. mak dalam wad.. kalo apa2 terjadi kat aku??? pagi tu aku rebah kat dapur.. tapi alahai suami.. cool je.. dah beberapa jenis ubat aku makan.. dengan pinggang aku yang dah bertahun aku menahan sakit.. nak mengadu ngan sapa???? hanya dengan abang.. selagi dia nak dengar.. nak citer ngan mak.. dia sendiri sakit.. adik??? lelaki.. sama je ngan abang.. apa boleh dia buat... kesiankan.. adik beradik tak ramai.. family sebelah lagi??? siapalah aku.... mmmm aduhai!!!!!
Cerita tentang assingment aku yang berikutnya "Sampling".. yang aku baru hantar siang tadi... kami satu kelas (tak le ramai mana.. 5 orang je..) tak dapat nak siapkan pada tarikh yang ditetapkan.. so buat muka sposen minta tangguh.. tapi apa yang terjadi??? masing2 merayu nak jawapan .. tapi tak di layan.. cuma dapat la klu2 nya.. harap2 ms fam dapat bagi A.. sebab nak tunggu exam cam haru je..
ari ni baru aku masuk ofis.. semalam gi jb.. ada sikit kerija la... kat ofis ari ni tenang.. en ariff pun tak balik lagi OBS.. so.. yahoooooo... ari ni ada sorang budak praktikal dari Uitm perak.. cun juga ar.. harap2.. kehadiran dia dapat membantu dan apa yang ada kat ofis ni pulak membantu dia nak mendapatkan ilmu...
horey!!!! dah nak raya aidiladha....

Saturday, October 24, 2009

Impian Belum Tercapai..

Semua orang ada impian.. Macam tu juga aku.. macam2 impian yang aku angankan.. Ntah bila jadi kenyataan ataupun hanya impian semata-mata..

Impian Pertama..

Hubungan kami suami isteri akan terus kekal ke akhir hayat dengan penuh kebahagiaan.. kalo boleh makin lama makin sayang dan makin romantik.. Biarlah aku satu2nya isteri yang disayangi dan insan bertuah menjadi isterinya.. ini hanya ingatan... sebab maklumle kalo dah ramai anak ni kadang2 leka..

Impian Kedua..

Tentulah aku nak pakai jubah konvo.. dengan memegang segulung ijazah.. tak sabar rasanya.. tapi macam2 pulak dugaan dah nak abis ni..
Impian Ketiga..

Lepas konvo dah tentu berangan nak jadi pegawai.. tinggi ke rendah ntah le.. tapi aku takut tak tertanggung beban masa.. maklumlah dah ada kuarge..

Impian Keempat...

Nak memiliki duit yang banyak.. takkan ngan duduk diam.. mestila kena keje.. tu yang nak jadi pegawai tu..




Impian Kelima..
Nak beli keta.. taknak beso pun.. macam salah satu yang kat atas tu jadile..


Impian Keenam...
Nak ada rumah sendiri.. al maklum la.. sekarang ni menyewa.. bila dah menyewa ni banyak le hajat tak tertunai.. itu tak le.. ini tak leh.. bila raya tengok umah orang lawa jer...




Impian ketujuh..

Nak gi umrah... Haji bukan tak nak.. tapi awal lagi.. lagi pun persediaan diri tak cukup.. memadai pergi umrah dulu... kalu bole nak bawa family..



Impian Seterusnya..

Anak-anak bahagia.. semua belajar hingga kemenara gading.. mendapat pekerjaan yang baik2.. Ingat jasa ibubapa dah ahli keluarga.. terus bahagia walau dah ada kehidupan sendiri.. tak lupa asalmu dimana...

Smoga semua impian ini akan aku capai.. impian seterusnya biarlah menjadi kenyataan walaupun aku dah tiada didunia ini.. smoga ALLAH perkenankan apa yang aku pohon.. tiada yang lebih membimbing melainkan bekalan pelajaran dan pesanan atuk.. mak.. dan abah masa aku skolah.. ilmu yang dibekalkan itu aku ingat sampai sekarang.. Aku harus tabah kerana cara kita didunia ini tak semuanya sama...



Tuesday, October 20, 2009

kesiannye anak ibu...


Fiffy Jatuh?????


15 Oktober 2009 - Apa yang berlaku.. tersangat2 membuatkan aku dan abang kesal.. 2, 3 hari sebelum kejadian.. fiffy asyik menangis je.. pantang dicuit.. Pagi tu aku ngan abang terkocoh2 kerana dah lewat.. takut punch card merah.. Aku kejutkan fiffy suruh masuk dalam kereta.. tapi dia duduk nak menangis.. aku pun masukkan barang2 dulu dalam kereta.. tak seperti selalu aku akan masukkan fiffy dulu baru masukkan barang2.. Hari ni fiffy masuk sendiri kerana masa tu aku nak angkat damie pulak masuk kereta.. sampai kat kereta aku tengok pintu dah tertutup dan fiffy dah ada dalam kereta.. tanpa memeriksa pintu kereta tu.. aku pun terus duduk di sit depan dan fiffy dibelakang.. aku pun macam tak perasan fiffy tak duduk ditengah2 macam selalu.. dengan confidence abang pun bawa lah kereta.. sampai di simpang Taman Sialang.. terselisih dengan 2nd bos abang 'en natazha'.. abang pun laju coz nampak keta belakang dekat.. tiba diselekoh taman tu.. tiba2 pintu belakang terbuka.. dengan segera tangan aku mencapai pintu belakang dari dalam lantas menutup pintu tu... takut fiffy ngan barang2 jatuh.. abang pulak tak menoleh2 le cermin belakang.. cuma aku nampak dari side mirror tu kenapa kereta en natazha berhenti dan nampak benda putih kat dia... aku ni rabun.. aku ingat fail mpk yg aku bawa balik dah terbarai.. sekali aku toleh belakang anak aku tak ada di tempat duduk belakang.. "Abang.... kak uda tak ada!!!!" berulang-ulang aku cakap.. abang dengan panik break kereta than apa lagi.. mana ada orang nak kata dia salah... tentu2 la aku kena marah.. mula2 gabra.. tak le rasa nak pusing balik ke.. kuar masuk.. kuar masuk keta.. aku jerit.. "pusing ar keta.. kak uda jatuh.." aku pegang damie.. kalo tak maunya aku belari kejar fiffy.. bila sampai kat tempat tu.. aku tengok en natazha dah bawa fiffy masuk keta dia.. aduh!!! menggigil aku.. dalam fikiran aku.. jangan la en natazha terlanggar fiffy.. tengok fiffy ok.. cuma tapak tangan dan kepala dia luka sikit.. fiffy nampak takut sangat.. tak bercakap langsung.. aku panik.. tak tau nak kata apa.. aku peluk damie kuat2 masa tengok abang dukung fiffy.. nasib baik fiffy tak apa2.. cuainya aku.. kesiannya aku tengok dia.. epas punch card baru aku hantar dia umah mak yah.. dalam kul 9.30 pagi baru la aku bawa dia pergi klinik.. doktor kata dia ok.. tak de pe2.. luka sikit je.. orang kata kalo budak jatuh malaikat sambut.. ye la kot.. maaf kan ibu fiffy... sampai ari ni fiffy nampak fobia.. bila naik keta PBA antik tu.. pasti fiffy pesan.. "ibu tutupkan kuat2.. nanti fiffy kunci.. " lum sempat abang masukkan barang.. semua pintu dia lock.. Aku ngan abang kesal hingga ke hari ni.. selalunya abang bawa keta memang tak laju.. Takdir Allah.. nak menguji kami.. janganla berulang lagi.. tapi kadang2.. ibu ni banyak benda nak di buat.. terlupa!!.. apa yang berlaku hari ni pulak aku dah siap bawa fiify masuk keta ngan barang2.. abang pun dah siap kunci pintu.. bila keta nak jalan.. baru perasan anak aku lagi sorang tak de.. AlamaK!!!! damie tertinggal.. Aduh... apa nak jadi aku ni.. badan tak tertanggung letihnya.. ini lah dilema ibu & isteri yang bekerja.. ada gak yang relax. tapi aku.. beban dengan tanggung jawab.. itulah dia disebalik mengejar seribu impian...

Monday, September 7, 2009

Apa Menu Anda??

Dalam bulan puasa ni.. kebanyakan blog bercerita tentang juadah berbuka.. So aku pun nak kongsi tepekkan gambar juadah aku.. tengok bawah ni....

Mmmm.. best tak? ada ikan bakar.. murtabak.. Pucuk ubi masak lemak dan otak2 segera.. tentu mak aku.. sepupu aku terkejut berok.. mana tak nye.. masa lom kawin dulu idak le aku nak menjengah dapur.. kalo dengan sepupu2 aku sebagai tester girl je.. kalo kat umah.. abah hanya nak air tangan mak.. sapa sangka anak jalil dah pandai masak.. la ni.. kalo peti banyak simpan lauk.. macam2 resepi yang aku cipta.. tapi.. baru separuh bulan puasa aku dah kekeringan idea.. boleh kongsi2???? hehehe..

Friday, September 4, 2009

Aku Bosan..

Kenapa la aku bosan sangat.. Bosan dengan keadaan yang membosankan.. Aku cuba buat yang terbaik.. tapi tak pernah dihargai.. cuma.. kritikan je yang selalu aku dapat.. argghhh!! kerja..kerja..kerja.. bosan.. asyik nak pk masalah kerja..

Sebenarnya. kalo korang nak tau.. mana2 tempat pun kalo duduk kat bahagian macam aku.. memang akan dapat macam mana yang aku dapat.. cuma situasi berbeza.. kat bahagian aku ni.. aku dapat banyak kerja dan banyak musuh.. coz.. tolong macam mana pun diorang tetap kata kita itu ini... kalo ikutkan ati lebih baik aku tak payah buat.. nak tau sebab apa?? sebab ketuanya yang sengal2.. kalo ketua boleh manage anak buah.. marah macam mana pun anak buah respect.. ni tak ketua takut orang tak suka dia.. so nama aku la up.. walaupun tindakan tu arahan dia.. tetap aku yag dapat nama buruk tu..


Arghh!!! layannnn... selagi aku mampu...


Monday, August 31, 2009

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Cerita Di Ledang...

Hari ni.. pagi2 lagi aku ngan my hubbydah kuar gi Dataran Tangkak untuk berbaris.. My hubby mewakili Pejabat Tanah dan aku Pejabat Daerah.. tapi Pejabat Daerah tak de apa2 persiapan pun.. coz adalah siluncai yang nak terjun ngan labunya... hua..hua..hua.. tapi Pejabat My hubby semuanya bersemangat.. mereka prepair untuk bertanding.. Mmm.. ok la tuh...


Aku pun amik kesempatan le bergambar ngan Cik Abangku yang tersayang ni...


Tengok gambar kat bawah ni.. Fullamak!!!! dah macam pejuang kemerdekaan ala2 50-an.. ada gaya2 Tun Hussin Onn x? Off pun leh gak ler..


"Anugerah Suami Sayang Isteri.. Isteri Sayang Suami.. "
Sempena Ulang tahun perkahwinan ke 10.. Sempena 52 tahun kemerdekaan..
Hehehe.. saja jer...

Lebih kurang kul 7.30pg.. kami bergerak ke Dataran utk berbaris.. orang ramai.. tapi aku tak le sempat nak amik gambo.. coz guna h/phone jer.. tak bawa camera.. aktiviti berjalan macam biasa la.. nyanyi..ikrar..sajak.. walaupunpun bulan puasa.. sambutan tetap meriah.. dalam banyak2 persembahan.. terharu aku tengok persembahan drama bukit kepong.. persembahan dari orang Kg Durian Chondong... Juara peringkat Kebangsaan tau..

Ha.. ni la suasana Balai Polis Bukit Kepong.. Nampak tak 'cinpeng' tengah bakar Balai Polis tu.. best tau persembahan diorang..
Ha.. apa lagi possing la.. ni lah gelagat kitorang kat padang.. Aku.. Huda.. Nadia..
Macam2.. orang suruh berbaris.. kitorang possing maut.. sampai senget kepala Huda..


Mmm.. dalam banyak2 pertandingan.. satu je kami menang.. Hiasan bangunan tercantik.. apa2 pun tumpang horrey.... Pejabat My Hubby banyak menggondol hadiah.. betul ke perkataan tu???
Aksi aku ngan nadiah memperagakan hadiah.. dalam envelope tu.. shopping berbaloi..


Dekat2 kul 10.00 kitorang cabut.. penat... gi pun Damie tinggal umah.. balik pe lagi... lepak ar.. T..DO


Thursday, August 27, 2009

Kisah Puasa Ke 6

Alhamdulillah.. dengan kepala aku yang kenoneng dah 2 ari ni.. dapat juga aku menghabiskan puasa yang ke 6.. Apa yang seronok ari ni? Nothing... Cuaca di Ledang ari ni.. Hujan sangat2 lebat.. ada tempat yang banjir kilat..

Menu apa berbuka petang ni??? Mmmm.. ari ni aku masak asam pedas ayam.. sambal goreng dan pucuk paku merah goreng.. ok la tu.. Aina ngan Daniel puasa.. So.. aku kena mask juga.. Nak beli kat bazar tak berbaloi..

My Hubby... tak abis2 pening sebab pendrive hilang.. bukan makan ati pendrive hilang.. tapi.. isi kandungannya.. ala kesian abang.. kenalah wat semula pelan2 dia..

Sapa dia ni????

Ini la bonda ku yang tercinta.. sewaktu dia dimasukkan ke hospital last week..

Sunday, August 16, 2009

Cuti--cuti 2009

8 Ogos 2009 - aku sekeluarga bercadang nak ke melaka bermalam disana.. walaupun tengah sibuk H1N1.. tapi kami x de mase lagi.. babi yang selsema kita lak yang masalah kan??? sampai kat melaka kami cari hotel nak check in.. penuh.. banyak yang penuh.. akhirnya.. kitorang tido kat straits meridian.. betul2 dekat ngan OUM.. ok ar 1 malam Rm160.. Abg pakai goverment id card dapat Rm140.. malam tu kitorang pergi MP.. mula2 cadang nak gi carrefour.. tapi ternampak PC fair lak.. terus melekat kat sana... balik tu singgah makan kat depan straits meridian je.. ok ar.. pas tu terus naik bilik n tido.. coz esok plan nak gerak pagi..

tido disini.. Straits meridian hotel..



9 Ogos 2009 - Dalam pukul 11.00 kitorang gerak pergi MP lagi.. abang nak menunaikan hajat dia nak beli beberapa keperluan dia.. aku pun amik kesempatan apa yang patut.. sampai ke petang kami dalam MP jer.. orang jangan cakap ar.. maca ulat.. ramai giler.. kami semua kena pakai mask.. coz langkah berjaga2.. kecuali baby.. kena tunggu tido baru boleh pakaikan.. lepas makan.. sambung cari apa yang patut.. pas tu kitorang terus gi ke Puteri Resort.. kat sini harga Rm175.50... pelik ek.. ada sen2 lak.. tapi ok ar kat sini.. menunaikan hajat anak2 nak mandi kolam.. malam tu kami kuar pergi tesco je... pas tu makan kat tempat biasa... kat2 ngan pantai medical centre.. boleh tahan la.. cepat pun cepat.. balik bilik.. kami menelek apa yang di beli than tido.. coz letih sangat.. esok pagi lepas breakfast.. bawa anak2 mandi kolam.. than checkout.. lepas tu kitorang terus gi Jusco untuk shopping baju raya anak2..


Sesak.. ramai sangat orang..


terpaksa bertopeng..


Damie dah kepenatan.. sorry damie.. keta damie jadi tmpat simpan barang..






muka2 keletihan...

Aksi di hotel.. hehehe..




wa.. santai nampak...


Gambar mandi-manda..

Mmmm.... lepas je checkout aku terus gi shopping baju raya anak kat Jusco.. tiap2 tahun mmg ni ler tmpt kami shopping.. style aku shopping baju raya anak stahun skali.. masa tu balun abis.. pas tu tunggu tahun depan.. melainkan special kes..belanja lak ikut peruntukkan abang.. kuantiti lebih penting.. biar murah asal banyak.. yang agak2 tahan lama.. so.. tu yang kena tunggu sale giler2.. kebetulan masa ni jusco jejak 80%.. hasilnye...
koleksi kakak...

Koleksi angah..

Koleksi kak uda..

koleksi baby damie..

Ibu punye...

Biarlah rahsia..

 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner