Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan Dalam Kesayuan...

23 Ramadhan.. mengimbas kembali aku kepada peristiwa 2006.. Kejadian yang meragut nyawa sepupu aku..

Ya Allah.. kau ampunkan lah dosa hambamu.. Dosa besar mahupun yang kecil.. Yang sengaja dan juga yang tidak disengajakan.. Sesungguhnya Engkau lah Allah Maha Pengampun ..

Hati aku tersentuh..

Balik kampung pada sabtu lepas.. operasi menghantar kuih2 raya.. sampai je diperkarangan rumah atuk.. rumah dah bercat.. rumput dah berpotong.. abang kata..

"awalnya atuk dah potong rumput.."

aku diam.. tapi dalam hati menjawab

"dulu semua ni kerja arwah.. kalo dia ada.. lagi terang benderang rumah atuk dengan susunan pelita raya.."

Keluar je dari kereta.. nampak syawal (anak arwah yang tak sempat dia tengok) di tingkap rumah.. Aku pun masuk ke dalam rumah itam(mak arwah) menunjukkan kuih raya..

"Ni Syawal dapat.. sumbangan anak yatim.. dapat duit raya RM10.. Alhamdulillah.." katanya

Aku tanya.. "Syawal dah beli baju raya? "

"dah.." jawabnya.

"Sapa yg belikan?" tanya aku lagi..

" Cik Ody ngan Mak Long Win.." Jawab dia..

Syawal memang peramah.. Lincah..
amirul dan syawal

"ibu?" sambung aku..

"ntah.." jawab Syawal..

"mmm.. itam bagi kain suruh ibu dia tempah baju mirul ngan syawal.. x bertempah pun baju.. kesian mirul.."

Sebak sungguh hati aku.. Macammana la hati ibu dia.. nak kata x de duit.. kerja.. dapat pencen arwah.. terlintas dalam fikiran.. macammana ngan mirul? Huh!!

Last2 aku keluar nak pegi beli baju anak.. aku capai juga sepasang baju untuk amirul..

Raya..raya..raya.. tukar mood.. tukar mood.. raya dah dekat..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Dan Batin Untuk Semua pembaca Blog ini..

Tuesday, August 9, 2011

Impian Menjadi Kenyataan..

Salam Ramadhan With Aleynn...





Hari ni aku adalah insan yang sangat bahagia... senyum meleret.. hati melonjak gembira.. kenapa???????





selepas sahur hari ni aku online.. tangan ni gatal2 je nak bukak web oum.. hati tergerak nak tengok bile le nak konvo.. WOW!!!! diumumkan bakal graduan konvokesyen ke 11 oum akan diadakan di PWTC pada 10-12 Disember 2011.. wawawa.... huhuhu... gumbira dek oi...akhirnya apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan..... kepala dah mula plan.. apa nak pakai.. warna apa??? nak bawa sape?? yang pasti hubby n anak2 n mak x bole tinggal.. aku nak abang ngan mak dalam dewan tu... huhuhu... berangan..,





pas tu tengok lak satu lagi berita bahawa.. kerajaan akan memberi bonus 1/2 bulan gaji minima rm500. walaupun sikit.. aku dah boleh plan beli baju dah.. hehhehe... musim2 raya ni kan baju cantik2.. bulan disember bukan pun lama lagi... dah boleh buat permintaan ngan abang.. Abang jangan lupa janji.. untuk hari konvokesyen lynn...
 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner