Saturday, October 24, 2009

Impian Belum Tercapai..

Semua orang ada impian.. Macam tu juga aku.. macam2 impian yang aku angankan.. Ntah bila jadi kenyataan ataupun hanya impian semata-mata..

Impian Pertama..

Hubungan kami suami isteri akan terus kekal ke akhir hayat dengan penuh kebahagiaan.. kalo boleh makin lama makin sayang dan makin romantik.. Biarlah aku satu2nya isteri yang disayangi dan insan bertuah menjadi isterinya.. ini hanya ingatan... sebab maklumle kalo dah ramai anak ni kadang2 leka..

Impian Kedua..

Tentulah aku nak pakai jubah konvo.. dengan memegang segulung ijazah.. tak sabar rasanya.. tapi macam2 pulak dugaan dah nak abis ni..
Impian Ketiga..

Lepas konvo dah tentu berangan nak jadi pegawai.. tinggi ke rendah ntah le.. tapi aku takut tak tertanggung beban masa.. maklumlah dah ada kuarge..

Impian Keempat...

Nak memiliki duit yang banyak.. takkan ngan duduk diam.. mestila kena keje.. tu yang nak jadi pegawai tu..




Impian Kelima..
Nak beli keta.. taknak beso pun.. macam salah satu yang kat atas tu jadile..


Impian Keenam...
Nak ada rumah sendiri.. al maklum la.. sekarang ni menyewa.. bila dah menyewa ni banyak le hajat tak tertunai.. itu tak le.. ini tak leh.. bila raya tengok umah orang lawa jer...




Impian ketujuh..

Nak gi umrah... Haji bukan tak nak.. tapi awal lagi.. lagi pun persediaan diri tak cukup.. memadai pergi umrah dulu... kalu bole nak bawa family..



Impian Seterusnya..

Anak-anak bahagia.. semua belajar hingga kemenara gading.. mendapat pekerjaan yang baik2.. Ingat jasa ibubapa dah ahli keluarga.. terus bahagia walau dah ada kehidupan sendiri.. tak lupa asalmu dimana...

Smoga semua impian ini akan aku capai.. impian seterusnya biarlah menjadi kenyataan walaupun aku dah tiada didunia ini.. smoga ALLAH perkenankan apa yang aku pohon.. tiada yang lebih membimbing melainkan bekalan pelajaran dan pesanan atuk.. mak.. dan abah masa aku skolah.. ilmu yang dibekalkan itu aku ingat sampai sekarang.. Aku harus tabah kerana cara kita didunia ini tak semuanya sama...



Tuesday, October 20, 2009

kesiannye anak ibu...


Fiffy Jatuh?????


15 Oktober 2009 - Apa yang berlaku.. tersangat2 membuatkan aku dan abang kesal.. 2, 3 hari sebelum kejadian.. fiffy asyik menangis je.. pantang dicuit.. Pagi tu aku ngan abang terkocoh2 kerana dah lewat.. takut punch card merah.. Aku kejutkan fiffy suruh masuk dalam kereta.. tapi dia duduk nak menangis.. aku pun masukkan barang2 dulu dalam kereta.. tak seperti selalu aku akan masukkan fiffy dulu baru masukkan barang2.. Hari ni fiffy masuk sendiri kerana masa tu aku nak angkat damie pulak masuk kereta.. sampai kat kereta aku tengok pintu dah tertutup dan fiffy dah ada dalam kereta.. tanpa memeriksa pintu kereta tu.. aku pun terus duduk di sit depan dan fiffy dibelakang.. aku pun macam tak perasan fiffy tak duduk ditengah2 macam selalu.. dengan confidence abang pun bawa lah kereta.. sampai di simpang Taman Sialang.. terselisih dengan 2nd bos abang 'en natazha'.. abang pun laju coz nampak keta belakang dekat.. tiba diselekoh taman tu.. tiba2 pintu belakang terbuka.. dengan segera tangan aku mencapai pintu belakang dari dalam lantas menutup pintu tu... takut fiffy ngan barang2 jatuh.. abang pulak tak menoleh2 le cermin belakang.. cuma aku nampak dari side mirror tu kenapa kereta en natazha berhenti dan nampak benda putih kat dia... aku ni rabun.. aku ingat fail mpk yg aku bawa balik dah terbarai.. sekali aku toleh belakang anak aku tak ada di tempat duduk belakang.. "Abang.... kak uda tak ada!!!!" berulang-ulang aku cakap.. abang dengan panik break kereta than apa lagi.. mana ada orang nak kata dia salah... tentu2 la aku kena marah.. mula2 gabra.. tak le rasa nak pusing balik ke.. kuar masuk.. kuar masuk keta.. aku jerit.. "pusing ar keta.. kak uda jatuh.." aku pegang damie.. kalo tak maunya aku belari kejar fiffy.. bila sampai kat tempat tu.. aku tengok en natazha dah bawa fiffy masuk keta dia.. aduh!!! menggigil aku.. dalam fikiran aku.. jangan la en natazha terlanggar fiffy.. tengok fiffy ok.. cuma tapak tangan dan kepala dia luka sikit.. fiffy nampak takut sangat.. tak bercakap langsung.. aku panik.. tak tau nak kata apa.. aku peluk damie kuat2 masa tengok abang dukung fiffy.. nasib baik fiffy tak apa2.. cuainya aku.. kesiannya aku tengok dia.. epas punch card baru aku hantar dia umah mak yah.. dalam kul 9.30 pagi baru la aku bawa dia pergi klinik.. doktor kata dia ok.. tak de pe2.. luka sikit je.. orang kata kalo budak jatuh malaikat sambut.. ye la kot.. maaf kan ibu fiffy... sampai ari ni fiffy nampak fobia.. bila naik keta PBA antik tu.. pasti fiffy pesan.. "ibu tutupkan kuat2.. nanti fiffy kunci.. " lum sempat abang masukkan barang.. semua pintu dia lock.. Aku ngan abang kesal hingga ke hari ni.. selalunya abang bawa keta memang tak laju.. Takdir Allah.. nak menguji kami.. janganla berulang lagi.. tapi kadang2.. ibu ni banyak benda nak di buat.. terlupa!!.. apa yang berlaku hari ni pulak aku dah siap bawa fiify masuk keta ngan barang2.. abang pun dah siap kunci pintu.. bila keta nak jalan.. baru perasan anak aku lagi sorang tak de.. AlamaK!!!! damie tertinggal.. Aduh... apa nak jadi aku ni.. badan tak tertanggung letihnya.. ini lah dilema ibu & isteri yang bekerja.. ada gak yang relax. tapi aku.. beban dengan tanggung jawab.. itulah dia disebalik mengejar seribu impian...
 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner