Wednesday, December 16, 2009

Apa nak jadi manusia tak bertamadun..

Tajuk yang aku masukkan ni agak pelik.. tapi kisah ni adalah benar.. tentu korang smua tak percaya tentang benda2 seperti buatan orang.. dulu aku pun susah nak percaya.. tapi.. bila dah terkena kat mak aku sendiri.. harus ke aku menafikannya.. badan mak mula kurus kering.. langsung tak da selera nak makan.. nak bawa diri pun tak larat..

Apa puncanya???? puncanya dari sahabat sendiri.. sahabat2 abah aku sendiri.. Lebih kurang hujung tahun lepas.. abah mulakan projek kolam ikan bersama beberapa orang kawannya yang salah seorang darinya aku kenal sangat2.. yang lain tu aku hanya tahu nama sahaja.. abah ditugaskan menyediakan modal tempat.. iaitu tanah.. yang lain2 mereka kata mereka uruskan.. pada peringkat awal nampak semuanya ok.. ikan pun dah banyak.. ramai juga orang kampung yang beli selain dari orang luar..

sampaila satu ketika.. mak bagi tau ada yang tak kena.. abah mula terasa dipinggirkan.. tak tau apa punca dan diamana silapnya.. tuduhan tak berasas.. jenis abah.. sekali terkena.. mampus tak layan.. dia mula malas nak turun kekolam.. kononnya, kawan2 yang berlagak tu dah upah orang.. aku pun malas nak layan.. seingat aku sebelum puasa.. lebih kurang hujung bulan Jun.. mak bagi tau dia nak tak sihat.. macam kena kayap.. mulut sakit melepuh2.. tak boleh makan.. dah jumpa doktor.. disamping tu berubat kampung.. dah hampir 10 orang mak pegi..

adalah suatu hari tu.. mak tepon bagi tau yang salah sorang yang mengubat dia bagi tau dia kena buatan orang.. Aduhhh!! aku balik kampung.. tengok mak lesu.. muka dia macam kesan2 melepuh.. makan tak boleh.. campur lak ngan sakit jantung dia lagi.. ada yang bagi tau ni permainan orang asli.. lagi la aku sedih.. macam2 tempat berubat.. hanya doa dan airmata je dari aku.. aku mati akal.. sesekali tengok mak ok.. b

lepas je hari raya aku agak sibuk.. dan aku juga ada beberapa masalah yang tak dapat nak aku luahkan.. ada satu hari edy adik aku bagi tau mak sakit lagi.. rupanya mak dah lebih teruk.. apa yang mak ceritakan pada aku.. rumah bau tahi.. bau kemiyan.. mak takut nak ke bilik air.. seperti ada yang meneman.. mak tak larat bila balik umah.. kat tempat keja pun mcm tu.. berpapah nak gi bilik air.. tapi keluar je dari kawasan umah dan tempat keja.. mak ok.. barulah rasa bertenaga.. perut kadang2 rasa mengeras.. abah kuat semangat.. tapi kena ganggu juga la masa nak tido.. abah rasa seperti ada yang menarik2 dan menguit2 kakinya..

abah tepon pak cik yang slalu ngubat mak.. boleh dikatakan selang sehari orangtu datang tolong.. akhirnya dia bg tau.. ni perbuatan kawan2 abah yang sama2 buat kolam tu.. dia nak kenakan abah.. tapi abah kuat semangat.. biadap.. duit dalam akaun habis di kejakan.. mereka pun ntah hilang kemana..

untuk korang yang melakukan perbuatan sihir ni.. demi Allah aku berdoa kepada Allah swt.. suatu hari nanti ko datang melutut dihadapan aku sekeluarga.. Dunia akhirat aku tak kan lupa perbuatan korang.. Dalam dunia ni aku hanya ada seorang ibu.. seandainya berlaku apa2 pada dia.. aku tak kan ampunkan korang..
 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner