Thursday, December 15, 2011

Majlis Konvokesyen Oum ke 11 Yang Meninggalkan 1000 Kenangan..

Salam.....

Jumpa lagi dalam laman blog MENGEJAR SERIBU IMPIAN.. ari ni aku nak kongsi cerita hari yg sangat bersejarah dalam hidup aku.. cerita tentang 1 impian aku yang telah tercapai baru-baru ini..

Ghairah sungguh membuat persediaan untuk Majlis Konvokesyen.. Baju aku dah beli kat kota tinggi.. masa hantar edy bertunang.. kebetulan murah.. aku bukan branded.. asal cantik dan murah.. murah dapat banyak.. x disangka2 encik suami topup balik duit beli baju tu.. siap bagi  duit tudung skali.. hehehe.. tq abang... dalam kesibukan kerja.. dapat juga aku luangkan masa pada hari minggu.. ke Jaya Jusco untuk mencari kasut.. Kebetulan abang pun nak cari kasut dia.. serata JJ aku berjalan.. susahnya cari kasut cinderella.. yang aku berkenan smua x muat.. Last2 kat tesco baru dapat.. kasut murah je.. 50% tinggal rm24.90!! sama juga.. abang topup semula... waaa.. nampak gayanya abang sponsor smuanya.. 7.12.2011.. balik je dari kerja anak2 bagi tau.."ibu.. cik midah bagi bunga..." waaa terharunya.. dah ada bouquet.. tq.. kak...
Ini lah dia.. dari kak midah..

tiba masa dah nak pergi.. 8.12.2011... lebih kurang jam 11.30 pagi aku bertolak dari tangkak bersama anak2.. mak dan abah terpaksa tunggu edy dari JB.. kena kursus la pulakkk.. salah faham tarikh... tp yg sure malam tu mak ngn abah akan tiba di kl.. berpandukan GPS akhirnya sampai juga aku ke Kampus OUM KL.. waaa.. terujanya tgk suasana pengambilan Jubah Graduan.. sana sini dah jual bunga.. dgn perasaan yang tak tau nak digambarkan aku menyerahkan my kid kepada pegawai bertugas untuk mendapatkan "kad pintar" dan jubah.. selepas berpuas hati mencuba jubah tersebut.. kami anak beranak pergi makan dan terus check in di Dynasty Hotel.. rupa-rupanya dekat sangat dengan PWTC..

dikampus oum
kad pintar yang menjadi kenangan

malam tu x de apa nak buat.. mak pun lom sampai... kami berjalan kaki ke pwtc untuk survey kawasan.. hehehe..... pas tu bawa anak2 naik LRT.. gembiranya wajah anak2.. x penah gi kl.. apalagi nak naik LRT..adik mien sampai x nak turun.. keesokan harinya kami free.. berjalan2 sekitar bandaraya.. naik LRT.. naik MONORAIL.. anak2 seronok.. enjoy with my family.. malam tu semua dah x larat nak berjalan.. makan pun tapau je masuk bilik..

jalan2 ke pwtc

 happy ngan anak2

jalan2 with mak..

letihnya berjalan...

Tibalah masa yang ditunggu2.. pagi2 lagi dah bangun.. abang ngan mak menjadi pilihan aku untuk masuk ke dewan bersejarah tu.. so pagi2 lagi dah bersiap.. anak2 di amanatkan kepada abah dan edy.. kami berjalan kaki menuju ke PWTC dengan membawa perasaan bangga dan gembira yang dapat dilahirkan dengan kata-kata..

Pengumuman semua graduan diminta naik ke aras 4 dan berkumpul di tepi dewan merdeka... ramainya.. yang pasti aku adalah yang 878.. kat situ aku ternampak zul.. madey.. kawan2 yang sesama dari oum melaka.. pompuan??? mmg x de.. sbb aku wanita tunggal BITM dalam sem tu di oum melaka.. tibalah masa yang dinanti2kan.. smua graduan berarak masuk kedewan diiringi dengan muzik gamelan.. aduh.. perasaan.. x boleh nak cakap gembira.. sedih.. smua ada..
Berkumpul bersama graduan lain...

Dalam ucapan Tan Sri Dato' Arshad Abdullah.. dia menyatakan graduan OUM berbeza dengan graduan lain.. kerana majoriti dalam dewan ini adalah mempunyai isteri, suami dan majikan.. tahniah kerana berjaya menamatkan pelajaran.. tahniah kepada keluarga yang banyak berkorban.. airmata ku tanpa di sedari meleleh.. terbayang kisah2 suka duka aku nak menamatkan pelajaran.. begitu juga ucapan cansellor.. ayat2 yang disampaikan membuatkan aku sayu..

Taraaaaa..... tibalan masanya aku melangkahkan kaki.. "Kad Pintar" telah di scan.. tercatat nama NOOR AZLEYNA BINTI ABD JALIL.. aku mengangguk.. kemudian melangkah setapak lagi.. aku terdengar nama mahathir diumumkan.. waa... kawan aku.. tahniah!! kini "Kad Pintar" telah diserahkan.. aku dah pun naik ke check point pertama.. hinggalah nama aku diumumkan...merenung mata Jeanne Abdullah selaku Cansellor OUM.. dia mengucapkan tahniah.. Ya Allah.. macammana nak aku gambarkan perasaan tu... Yang pasti aku sangat gembira.. terharu...dan ntah laa... melangkah turun tangga.. en jurufoto mengucap tahniah.. aku tersenyum terima kasih.. melangkah naik tangga untk menuju tempat duduk.. aku ternampak mak melambai.. abang tengah shoot foto... Ya Rabbi... hanya Kau yang mengetahu apa yang tersirat didalam hati ini.... aina menghantar sms.. "ibu.. akak nampak gambar ibu.."

Di atas pentas bersejarah

Keluar je dari dewan.. abang dah tunggu kat luar.. abang ajak cari anak2.. lepas tu abang ajak beli bunga.. hehehe.. sukanya... mmg dah lama aku idamkan...

keluar dari dewan

bersama mak diluar dewan..

bersama abang with chipmunk bouquet..

chipmunk dari abang...

anak2 yang dah keletihan menunggu...

sayangnya nak tanggalkan jubah ni.. rindunya pada oum.. dapat ke sejarah ini berulang kembali... kenapa aku terlalu teruja???? itu kena baca n3 sebelum ini...
Kenangan dengan keluarga... ada juga anak abah pakai jubah ni..

Tuesday, December 13, 2011

1 impian menjadi kenyataan..


Salam........ warga blog sekelian... lama sungguh aku menyepi... sebenarnya aku sangat2 sibuk.. sibuk dengan tugasan harian... x pe2 hari ni aku meluangkan masa untuk bersama2 berkongsi cerita suka dan duka di blog mengejar seribu impian ini..

Apa yang seronok sangat nak dikongsikan... ha..haa..haaa... 10 Disember 2011 aku telah berjaya menyempurnakan satu lagi impian aku.. impian yang aku nanti2kan dengan besar harapan...


taraaa... hehehe.. nama tu org lain.. sbb dah jalankan.. jadi nama org lain lak yg keluar...

ok.. aku sangat teruja dan ingin sangat berkongsi pengalaman suka duka aku selama ini untuk mengejar impian naik ke pentas yang bersejarah ini.. Mungkin ada juga yang jelak.. dan juga perlekehkan aku.. tapi apa yang nak aku beritahu aku memang benar2 teruja menyarung jubah itu dan tersangat2 bangga.. begitu juga mak dan abah.. aku tau mereka bangga sebab mereka juga tau siapa aku sebenarnya.. siapa ya???? ceritanya nak diikutkan panjang berjela.. hanya ini yang mampu aku ringkaskan..

aku mula melangkah kaki ke sekolah pada usia 5 thn.. iaitu di tabika kemas.. aku tak tau apa nama skolah tu.. tapi menggunakan kelas di sk datuk wan idris, segamat. pada usia 6 thn aku bertukar ke sekolah tabika kemas kg berata.. seterusnya melangkahkan kaki ke tahun 1 di sk datuk wan idris sehingga darjah 2.. pada masa tu pelajaran aku boleh membanggakan mak abah juga la.. duduk kampung.. tapi sekolah bandar.. pas tu tak keluar rumah sbb x de kawan.. pada pertengahan darjah 2 tu mak beli rumah di taman tasek, kg jawa... (rumah mak sekarang).. sempat juga la aku gi skolah naik bas.. hinggalah naik ke tahun 3 mak tukarkan ke sk kg jawa..

bermulalah aku mengenali kawan2 aku.. raja sahliza.. maria bahrom.. azilawati mat angsar.. dan ramai lagi la.. aku dah pandai berkawan.. lagi2 dok taman.. petang2 ada je yg datang kat umah ajak bermain.. mulalah al kisah abah asik marah je sebab pelajaran merosot... keputusan UPSR pun tidak membanggakan hanya 1A sahaja.. tapi maria bahrom dan azilawati pandai.. naik kesekolah menengah... mereka melangkahkan kaki ke sekolah berasrama.. tinggallah aku.. hahaha... main lagi..

melangkahkan kaki ke sekolah menengah.. aku mula ditempatkan di 1KH5.. bukan kelas yang menjadi pilihan.. kelas sedang2 saja.. masa tu serabut fikiran.. kelas tu ramai budak cina yang suka bergaduh.. eeeiiiii... tak macam kelas yang awal2.. semuanya tekun mentelaah buku... pas tu aku pun mulalah khayal dengan dunia remaja.. tapi zaman aku dulu tak lah sehebat remaja sekarang... kami x sosial.. lagi2 aku.. selalu kena bodoh ngan ayang.. sebab x up 2 date.. masa tingkatan 2.. aku ngn ayang x salahnya.. pernah kena marah ngn ckg sabirin.. "saya cabar awak masuk U" ayat dia.. fuh!! dulu kalo x lulus SRP x boleh naik tingkatan4.. huh!! nasib baik dapat juga pangkat A.. walaupun aggregate 24.. jauh tu.. nak bangga apa... 24.. nak bezakan dengan aida (anak mak yah) aggregate belas2 je.. kawan2 kat SMKA belas pun x sampai.. tapi bole la.. asal naik tingkatan 4..

mula2 naik tingkatan 4 aku masuk kelas 4c.. nama je c.. tapi kelas perakaunan.. dalam kelas tu smua budak pandai2... alamak... bole ke aku ni.. punya la x de keyakinan.. sanggup jumpa HM minta tukar kelas.. masuklah aku kelas 4B.. kelas sastera.. apa lagi bunga2 cinta la.. nasib baik x kelas 4A.. lagi le.. sampai cikgu panggil kelas zoo.. tapi yang istimewa.. kelas aku semua melayu... sampailah citer ke SPM... blajo pun ntah ape2 le.. banyak yg last minit.. SPM???? buat ada2 je... nak nangis? dah terlambat.. cikgu zainon kata.. "sayangnya... awak kurang 1 kredit je.." hah ambik ko.. Pangkat Sarjan...

Lepas SPM.. sibuk2 juga minta sana sini.. tapi sebenarnya aku x tau mana haluan.. x de siapa yg bimbing.. x de siapa nak bantu... pernah nak try mohon pra itm.. tapi bini kesayangan pak long aku kata.. "bahasa inggeris x lulus" ok.. aku terima.. aku mmg bodoh.. dgr je kawan2 masuk kemahiran ni.. kemahiran tu.. tapi aku x tau mana punca.. apa lagi.. keja kilang je la... di samping jadi hamba dunia cinta monyet yg ntah apa2..

selepas pelbagai dugaan kerja kat kilang kain.. kilang mitsumi.. aku nekad berhenti.. belajar komputer.. nak tau kenapa? aku bengang tgk juruteknik ngn budak2 kerani dan QC kat kilang tu.. eksyen... lepas belajar komputer tu.. mcm2 keja aku buat.. jadi kerani syarikat x berdaftar.. jadi pembantu klinik gigi.. jadi kerani kedai motor.. ngajar komputer secara sambilan.. sampai le ke tarikh 1.7.1998 aku dapat jadi jurutaip kat pejabat tanah segamat.. hadiah kepada en mohd zaki pada hari lahirnya.. disitulah mulanya jodoh kami..

masa keja kat pejabat tanah tu.. ramai juga aku tgk kerani2 yg belajar sambil bekerja.. pernah juga try nak apply.. tapi syarat itm masa tu agak mengecewakan aku.. hinggalah aku menjadi isteri kepada en suami.. masa tu dah plan.. lepas bersalin nak berhenti kerja.. tapi Allah maha berkuasa.. segala2nya telah tertulis.. masa mengandungkan anak ke2.. aku dapat tawaran tetap tapi di bawah SPP.. jadila aku kerani skolah.. mula2 bosan giler... kena antar skolah felda pemanis.. pas tu.. rayu punya rayu.. aku di tempatkan di PPD segamat hingga 2003.. aku tak tau politik apa yg dimainkan diPPD.. sepertimana kak ct norlaila aku juga menjadi mangsa di tukarkan di SMK Dato' Bentara Dalam... kembali lah aku di skolah asal.. hinggalah Jun 2004 en suami di tukarkan ke Tangkak.. i follow!!!

aku ditempatkan di sk sri tangkak dengan suasana yg x berapa nak ceria.. tapi akhirnya aku bertemu kebahgiaan.. cikgu2 yang ada disitu sangat2 mesra.. "kak ita.. kak shakila.. balbir.. terima kasih.. kamu banyak membantu.. kamu adalah semangat saya... balbir thank's because u are my dictonary.."

suatu hari aku seperti dicabar.. apabila ada insan yang menilai kebaikan.. dan kesesuaian untuk dijadikan calon $^&%& yang dibanggakan dengan adanya ijazah.. huh!! masa tu aku sedang mengandungkan fiffy.. tiba2 terlintas je kat ati nak amik STPM.. terus ke PPD muar amik borang.. aku mula beli buku2 stpm.. tapi ntah apa2.. cuma nekad je baca.. lepas bersalinkan fiffy.. aku pun menduduki peperiksaan stpm.. tanpa berguru.. ingat lagi.. pengajian am... hahahaha... malam tu baru nak blajar ngn abang cara nak kira2.. sejarah??? langsung x paham.. akhirnya keputusan yg aku dpt pengajian am B- bahasa melayu C..yang lain.. bye bye.. masa tu terbaca iklan PJJ Uitm.. tapi diploma pentadbiran awam.. ada juga terbaca iklan Open University untuk degree.. kak ita kata.. amik je OUM.. abang pun kata.. kalo nak wat diploma.. wat pe amik stpm..

dengan digagahi en suami.. aku pun pergi ke hotel pelangi muar mendaftarkan diri dalam roadshow oum.. kata kerani tu.. "kalo puan amik Ijazah Pengurusan.. ianya tak berapa kukuh.. baik puan amik Ijazah Teknologi Maklumat Dan Pengurusan.. Puan dapat 2 ijazah dalam 1" aku pun bersetuju.. macam tak caya je.. budak spm pangkat 3 nak masuk u.. sehinggalah terima surat tawaran kemasukan semester Mei 2006.. hari pertama mendaftarkan diri alahai keciknya aku... malunya aku.. aku dengar kawan2 cakap omputeh... alamak.. cam ne ni..

pada toturial pertama aku x datang sbb kursus.. tapi tugasan dah pun bermula.. susahnya.. x de internet.. kena pergi CC.. pas tu x paham pulak tu.. kat portal.. smua org cakap omputeh.. dalam kelas.. lagi la.. ngantuk bila tutor membebel aku x paham.. sedihnya.. rasa nak ce alif bot je... sampailah waktu exam pertama.. aduhhhh.. ntah apa2 aku jawab.. pas tu mengandungkan adik mien.. mabuk.. aku tidur dulu dalam kereta baru masuk kelas... tak boleh nak concentrate.. bawak perut.. jatuh kat oum..sebab x larat..

hinggalah suatu hari oum membuat perubahan.. smua modul adalah didalam bahasa inggeris.. aduh.. apa aku nak belajar ni.. cik ayam masuk kelas cik itik.. apa akan jadi kalau aku tak lulus... pulaknya dari pada thn 2008 aku dah mula kerja di pejabat daerah ledang.. dengan bebanan kerja... pas tu bersalin.. dalam pantang x dpt gi kelas.. amik exam ntah apa2.. pernah satu ketika aku dah rasa sangat2 down.. tapi kak ita tetap jadi rujukan aku.. kadang2 hati jahat selalu menyibuk.. "nape ko nak ikut kak ita.. dia cikgu.. mmg dari dulu dia tu pandai..." alamak.. en suami pulak membebel.. "CGPA jaga.. duit dah abis beribu.. pinjaman pun kena bayar juga.." aaaarrrrgggghhh!!!!!!!!!! masalah keluarga juga timbul.. aku sangat2 down..

 
tengok...  meja bersepah.. ni nak exam punya pasal..

kat U.. nasib baik ada madey.. dialah yg slalu tolong aku.. byk assignment aku dia tolong.. tapi peksa sendiri2 le.. aku slalu ckp.. "aku x bole la." madey adalah kawan dari aku sem 2.. rasanya kami je yg sama kos kat oum melaka masa tu.. cik fara.. pelajar praktikal pdl dulu.. dia juga pembakar semangat aku.. teruja tgk dia memakai jubah konvo... tapi dia mmg budak pandai... otak aku ni tepu.. hinggalah paper taburan persamplelan.. aku gagal.. huh!! menangis... nak buat projek paper.. x nampak jalan.. hinggalah suatu hari aku berbual dgn pn julia dan dia sanggup bimbing aku.. projek paper aku berjaya disiapkan dalam kesibukan kerja hakiki.. x de sapa yang faham.. bos?? mereka confirm la nak utamakan kerja.. kawan2???ade ke?? hahaha....
ini lah cik fara tu...

akhirya aku dapat menyiapkan projek paper dan keputusan pn keluar.. terima kasih puan julia.. 
my projeck paper..


Dan..... hinggalah oum menyenaraikan aku salah seorang yang layak untuk konvo pada 10 Disember 2011...

sangat membanggakan..

Selamat...

aku adalah aku...

akhirnya aku menyarung jubah ni.. budak spm pangkat 3 dah dapat degree...

ok... cerita selanjutnya.. aku akan ceritakan pengalaman nak berkonvo pulak.... see u...

Sunday, September 11, 2011

Warna Warni Aidilfitri 2011


Aina & Sofea..


My Sweet Dotter's & Son's

Daniel & Damien

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Abang...

Kuarga En Zaki 2011

Salam Aidilfitri..

Jom beraya... Hari Raya kali ini aku mulakan di Kg en Suami.. di Kg Sawah Baru.. oleh kerana kesihatan yang x berapa nak mengizinkan masak memasak kali ni aku x brape join.. hanya bantu keja2 lain je... yang penting anak2 seronok.. kat sini ramai bapa2 saudara merea yang melayan main mercun dan munge api.. adik pu seronok sangat.. kali ke3 adik menyambut raya...

makan2.. menu cam biasa le... malam raya tu kami bertakbir.. sangat seronok.. bajet nak gi sembahyang raya.. tp dimaklumkan tiada wanita yg kemasjid.. hampa... tapi aku gagahi sembahyang sunat aidilfitri dirumah..

selepas bersalam-salaman kami kepusara yang telah tiada... N then terus beraya kerumah sanak saudara... selepas solat zuhur kami meneruskan perjalanan balik ke segamat... suasana meriah.. sepupu2 aku semua ada.. cuma Syawal.. nizam sekeluarga x de.. tapi terasa juga ketiadaan awrah walaupun dah 5 tahun..

kali ni kami cuti x panjang.. peluang beraya kerumah kawan2 x de.. so.. Selamat Hari Raya je lah pada kawan2... lagipun mood raya dah bertukar kepada mood Mengejar Impian.. My Sweet Convocation..

Sweettttttttt............

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan Dalam Kesayuan...

23 Ramadhan.. mengimbas kembali aku kepada peristiwa 2006.. Kejadian yang meragut nyawa sepupu aku..

Ya Allah.. kau ampunkan lah dosa hambamu.. Dosa besar mahupun yang kecil.. Yang sengaja dan juga yang tidak disengajakan.. Sesungguhnya Engkau lah Allah Maha Pengampun ..

Hati aku tersentuh..

Balik kampung pada sabtu lepas.. operasi menghantar kuih2 raya.. sampai je diperkarangan rumah atuk.. rumah dah bercat.. rumput dah berpotong.. abang kata..

"awalnya atuk dah potong rumput.."

aku diam.. tapi dalam hati menjawab

"dulu semua ni kerja arwah.. kalo dia ada.. lagi terang benderang rumah atuk dengan susunan pelita raya.."

Keluar je dari kereta.. nampak syawal (anak arwah yang tak sempat dia tengok) di tingkap rumah.. Aku pun masuk ke dalam rumah itam(mak arwah) menunjukkan kuih raya..

"Ni Syawal dapat.. sumbangan anak yatim.. dapat duit raya RM10.. Alhamdulillah.." katanya

Aku tanya.. "Syawal dah beli baju raya? "

"dah.." jawabnya.

"Sapa yg belikan?" tanya aku lagi..

" Cik Ody ngan Mak Long Win.." Jawab dia..

Syawal memang peramah.. Lincah..
amirul dan syawal

"ibu?" sambung aku..

"ntah.." jawab Syawal..

"mmm.. itam bagi kain suruh ibu dia tempah baju mirul ngan syawal.. x bertempah pun baju.. kesian mirul.."

Sebak sungguh hati aku.. Macammana la hati ibu dia.. nak kata x de duit.. kerja.. dapat pencen arwah.. terlintas dalam fikiran.. macammana ngan mirul? Huh!!

Last2 aku keluar nak pegi beli baju anak.. aku capai juga sepasang baju untuk amirul..

Raya..raya..raya.. tukar mood.. tukar mood.. raya dah dekat..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Dan Batin Untuk Semua pembaca Blog ini..

Tuesday, August 9, 2011

Impian Menjadi Kenyataan..

Salam Ramadhan With Aleynn...





Hari ni aku adalah insan yang sangat bahagia... senyum meleret.. hati melonjak gembira.. kenapa???????





selepas sahur hari ni aku online.. tangan ni gatal2 je nak bukak web oum.. hati tergerak nak tengok bile le nak konvo.. WOW!!!! diumumkan bakal graduan konvokesyen ke 11 oum akan diadakan di PWTC pada 10-12 Disember 2011.. wawawa.... huhuhu... gumbira dek oi...akhirnya apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan..... kepala dah mula plan.. apa nak pakai.. warna apa??? nak bawa sape?? yang pasti hubby n anak2 n mak x bole tinggal.. aku nak abang ngan mak dalam dewan tu... huhuhu... berangan..,





pas tu tengok lak satu lagi berita bahawa.. kerajaan akan memberi bonus 1/2 bulan gaji minima rm500. walaupun sikit.. aku dah boleh plan beli baju dah.. hehhehe... musim2 raya ni kan baju cantik2.. bulan disember bukan pun lama lagi... dah boleh buat permintaan ngan abang.. Abang jangan lupa janji.. untuk hari konvokesyen lynn...

Tuesday, March 1, 2011

Kek untuk Bonda..

Salam..


Dalam kelamaan kita x bersua.. aku sebenarnya terlalu sibuk dengan kerja2 di ofis.. Dalam kesibukan tu 19 Februari lalu.. aku sempat membuat kek untuk bonda tercinta Pn S. Azizah Binti S. Ibrahim yang ke 54.. tahun depan nak pencen cik minah ni.. namun kami sambut dlm suasana yang agak lembsss.. sebenarnya umah mak aku baru lepas dilanda banjir.. so.. apa lagi berkecahan dan berbau-bauan..

Inilah hasilnya yang aku cuba buatkan untuk emak..

Very simple & slekeh.. wakakaka..

bangga seh dapat bagi mak potong kek yang aku buat sendiri..

En Suomi & anak2 menjamu selera kek aku.. hahaha.. sedap x?

sebenarnya ilmu cetek sangat.. blajo sendiri2.. x pe aku akan cuba perbaiki.. sebab.. kek dah mahal... so bla besday anak2 x yah le gi beli.. InsyaAllah..

Hidup Ibu Damien...





 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner