Thursday, December 15, 2011

Majlis Konvokesyen Oum ke 11 Yang Meninggalkan 1000 Kenangan..

Salam.....

Jumpa lagi dalam laman blog MENGEJAR SERIBU IMPIAN.. ari ni aku nak kongsi cerita hari yg sangat bersejarah dalam hidup aku.. cerita tentang 1 impian aku yang telah tercapai baru-baru ini..

Ghairah sungguh membuat persediaan untuk Majlis Konvokesyen.. Baju aku dah beli kat kota tinggi.. masa hantar edy bertunang.. kebetulan murah.. aku bukan branded.. asal cantik dan murah.. murah dapat banyak.. x disangka2 encik suami topup balik duit beli baju tu.. siap bagi  duit tudung skali.. hehehe.. tq abang... dalam kesibukan kerja.. dapat juga aku luangkan masa pada hari minggu.. ke Jaya Jusco untuk mencari kasut.. Kebetulan abang pun nak cari kasut dia.. serata JJ aku berjalan.. susahnya cari kasut cinderella.. yang aku berkenan smua x muat.. Last2 kat tesco baru dapat.. kasut murah je.. 50% tinggal rm24.90!! sama juga.. abang topup semula... waaa.. nampak gayanya abang sponsor smuanya.. 7.12.2011.. balik je dari kerja anak2 bagi tau.."ibu.. cik midah bagi bunga..." waaa terharunya.. dah ada bouquet.. tq.. kak...
Ini lah dia.. dari kak midah..

tiba masa dah nak pergi.. 8.12.2011... lebih kurang jam 11.30 pagi aku bertolak dari tangkak bersama anak2.. mak dan abah terpaksa tunggu edy dari JB.. kena kursus la pulakkk.. salah faham tarikh... tp yg sure malam tu mak ngn abah akan tiba di kl.. berpandukan GPS akhirnya sampai juga aku ke Kampus OUM KL.. waaa.. terujanya tgk suasana pengambilan Jubah Graduan.. sana sini dah jual bunga.. dgn perasaan yang tak tau nak digambarkan aku menyerahkan my kid kepada pegawai bertugas untuk mendapatkan "kad pintar" dan jubah.. selepas berpuas hati mencuba jubah tersebut.. kami anak beranak pergi makan dan terus check in di Dynasty Hotel.. rupa-rupanya dekat sangat dengan PWTC..

dikampus oum
kad pintar yang menjadi kenangan

malam tu x de apa nak buat.. mak pun lom sampai... kami berjalan kaki ke pwtc untuk survey kawasan.. hehehe..... pas tu bawa anak2 naik LRT.. gembiranya wajah anak2.. x penah gi kl.. apalagi nak naik LRT..adik mien sampai x nak turun.. keesokan harinya kami free.. berjalan2 sekitar bandaraya.. naik LRT.. naik MONORAIL.. anak2 seronok.. enjoy with my family.. malam tu semua dah x larat nak berjalan.. makan pun tapau je masuk bilik..

jalan2 ke pwtc

 happy ngan anak2

jalan2 with mak..

letihnya berjalan...

Tibalah masa yang ditunggu2.. pagi2 lagi dah bangun.. abang ngan mak menjadi pilihan aku untuk masuk ke dewan bersejarah tu.. so pagi2 lagi dah bersiap.. anak2 di amanatkan kepada abah dan edy.. kami berjalan kaki menuju ke PWTC dengan membawa perasaan bangga dan gembira yang dapat dilahirkan dengan kata-kata..

Pengumuman semua graduan diminta naik ke aras 4 dan berkumpul di tepi dewan merdeka... ramainya.. yang pasti aku adalah yang 878.. kat situ aku ternampak zul.. madey.. kawan2 yang sesama dari oum melaka.. pompuan??? mmg x de.. sbb aku wanita tunggal BITM dalam sem tu di oum melaka.. tibalah masa yang dinanti2kan.. smua graduan berarak masuk kedewan diiringi dengan muzik gamelan.. aduh.. perasaan.. x boleh nak cakap gembira.. sedih.. smua ada..
Berkumpul bersama graduan lain...

Dalam ucapan Tan Sri Dato' Arshad Abdullah.. dia menyatakan graduan OUM berbeza dengan graduan lain.. kerana majoriti dalam dewan ini adalah mempunyai isteri, suami dan majikan.. tahniah kerana berjaya menamatkan pelajaran.. tahniah kepada keluarga yang banyak berkorban.. airmata ku tanpa di sedari meleleh.. terbayang kisah2 suka duka aku nak menamatkan pelajaran.. begitu juga ucapan cansellor.. ayat2 yang disampaikan membuatkan aku sayu..

Taraaaaa..... tibalan masanya aku melangkahkan kaki.. "Kad Pintar" telah di scan.. tercatat nama NOOR AZLEYNA BINTI ABD JALIL.. aku mengangguk.. kemudian melangkah setapak lagi.. aku terdengar nama mahathir diumumkan.. waa... kawan aku.. tahniah!! kini "Kad Pintar" telah diserahkan.. aku dah pun naik ke check point pertama.. hinggalah nama aku diumumkan...merenung mata Jeanne Abdullah selaku Cansellor OUM.. dia mengucapkan tahniah.. Ya Allah.. macammana nak aku gambarkan perasaan tu... Yang pasti aku sangat gembira.. terharu...dan ntah laa... melangkah turun tangga.. en jurufoto mengucap tahniah.. aku tersenyum terima kasih.. melangkah naik tangga untk menuju tempat duduk.. aku ternampak mak melambai.. abang tengah shoot foto... Ya Rabbi... hanya Kau yang mengetahu apa yang tersirat didalam hati ini.... aina menghantar sms.. "ibu.. akak nampak gambar ibu.."

Di atas pentas bersejarah

Keluar je dari dewan.. abang dah tunggu kat luar.. abang ajak cari anak2.. lepas tu abang ajak beli bunga.. hehehe.. sukanya... mmg dah lama aku idamkan...

keluar dari dewan

bersama mak diluar dewan..

bersama abang with chipmunk bouquet..

chipmunk dari abang...

anak2 yang dah keletihan menunggu...

sayangnya nak tanggalkan jubah ni.. rindunya pada oum.. dapat ke sejarah ini berulang kembali... kenapa aku terlalu teruja???? itu kena baca n3 sebelum ini...
Kenangan dengan keluarga... ada juga anak abah pakai jubah ni..

1 Impian dilayan..:

Kak Lia said...

tahniah lin.....terharu sangat2.....sbb byk dugaan dn rintangan...apetah lagi mulut2 orang yg berbunyi banyak sebelum ni.....

 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner