Saturday, March 20, 2010

Letihnya otak..

Ya Allah.. besarnya dugaan.. dugaan nak abiskan 3 sem lagi.. kepala sakit.. dah ujung2 ni subjek smua giler2.. Java.. aduhh... pening!!!!

Hari ini.. celik je mata.. aku terus ngadap assignment yang aku buat dari malam tadi tak siap2.. berhenti sekejap2 untuk memberi laluan ke dapur.. pinggang jgn ckp ar.. sengal dibuatnya.. lepas duduk.. nyarap.. aduh!! esok nak hantar.. tepon madey.. dia ckp lum siap.. tp boleh kata nak gi kuar.. argh!! tension aku kali ni nak menyiapkan assignment ni.. Multimedia nampak senang.. tp letih otak aku.. databased.. aduhhh!! Salah sikit tak mau run.. mak......

Ya Allah permudahkan lah aku.. cabaran nak menyiapkan assignment ni memang besar bagi aku.. disamping memikirkan nak keja lagi.. arghhh!!!

Wednesday, March 17, 2010

Suka Duka Hidup..

Pelik bebeno tajuknya ye... saja nak merapu kisah lg awal bulan... melepaskan rasa.. asalkan tak nyusahkan orang.. ada aku kesah... huhuhu...

Firstly.. hAppY beSdaY Kakak!!! malas nak cakap belated, pasal dah sambut.. hehehe.. Birthday Aina yang ke sepuluh tahun.. malas nak uplod gambar.. sorry lah ek.. Semoga bertambah rajin.. janji nak dapat no. 1 tahun ni.. masa nyambut tu.. ngan kuarge balong jer.. 4.3.2010

Tak lupa gak tahniah pada diri aku sendiri sebab dah melepaskan dunia perkhidmatan yang menyebabkan aku mendapat ramai musuh buruk sangka.. huhuhu.. la ni aku dah jaga bahagian pembangunan masyarakat mulai 1.3.2010.. keja ngan penghulu.. org miskin.. haaa.. syabas!!! Teruskan usaha..

Cayok ar amik PTK.. saja nak mencuba.. dapat cemerlang Alhamdulillah.. Baik pun dah ok.. PTK yang aku kata kat Grand Paragon Hotel 8.3.2010 ari tu..

Tahniah wat andak.. Selamat Bertunang.. harapan aku dan tak tau le kuarga lain.. tunang andak ni tak berperangai cam yang dulu.. kalo boleh rajin2 ke dapur.. jgn dok mendongak je.. Kami ke Pengkalan Balak 14.3.2010.. layan... Banyak seh adat sana adat sini.. bukan nak komen lebey2.. nanti mak metuo den kecik ati lak.. adat banyak men duit ni yang x berkenan.. smua nak follow adat dia.. mcm johor x de adat... gambar ada tp malas ar nak uplod..

Siang tadi.. 16.3.2010 aku exam mid term.. harap2 kali ni boleh dapat A.. paper Introduction to Multimedia dan boleh confident jer.. tengok la final nanti.. ari ni aku memerap kat OUM coz.. 3 paper strait lagi kul 9.00am.. berasap juga ar kpala... aktiviti petang selasa mcm biasa ar.. main badminton..


sok bangun keja.. keja..keja.. keja.. srnok kalo srnok kerja ni.. tapi bila ada jiwa2 sengal.. ada ampai2.. bosan lak jadinya..

Sunday, March 14, 2010

Ku Kenang Dan Ku Renung..

Termenung ku seketika.. mengenangkan perjalanan kehidupan membesarkan anak2 dengan pelbagai dugaan..
1 JUN 1999 bergelarlah aku sebagai seorang isteri, yang menjadi milik si suami.. hari penuh sejarah.. suami mengisi kekosongan hati.. melepaskan aku dari kongkongan selama ini.. Hidup kami tak mewah.. rumah bergema menandakan sekadar apa yang ada.. teringat pada hari pertama berpindah kerumah abang.. sayu hati.. kami sama2 berkemas.. membeli peralatan untuk memasak.. menonton tv comel milik abang.. di atas sekeping tikar dan toto pemberian emak.. sehinggalah aku sarat mengandung... maklumla.. aku pun bergaji hari je di Pejabat Tanah Segamat.. masa tu kecik sangat gaji..
3 MAC 2000 kami dah balik kerumah emak kerana tarikh bersalin aku dah semakin hampir.. malam tu.. abang pergi melakukan aktiviti rutinnya.. main badminton.. aku tinggal dirumah bersama adikku yang sedang cuti.. emak dan abah pergi berniaga.. biasanya, jam 2,3 pagi baru balik.. lebih kurang jam 11.30mlm abang balik.. sambil mengusap perut ku abang berkata dengan bakal anaknya.. "keluar cepat ya sayang.."
4 MAC 2000 - lebih kurang jam 6.00pagi.. perutku memulas.. kusangkakan tentu kerana makan satay dan air coke cola malam tadi.. aduhh... memulas x terkata.. ku kejut suami ku.. "abang.. esok belikan bangku.. x tahanla.. susah nak buang air.. sakit kaki ni.." sampaila pukul 7 pagi.. aku x tahan lagi.. abang panggil emak.. mak kata aku nak bersalin.. aku kata x.. nak buang air.. mak suruh aku mandi.. dan ke hospital.. masa tu.. abang bawa kereta dengan tak tentu arah menuju ke hospital Segamat.. keluar je dari kereta.. belum sempat duduk.. air ketuban ku da pecah.. jam menunjukkan 8.15.. aku dah mula mengeliat menahan sakit.. tepat 8.30pagi.. aku melahirkan anak perempuanku Noor Azza Aina.. 3kg.. nak membesarkannya dalam kami masih sesak.. walaupun orang tak nampak.. kami pergi kerja naik motor.. hujan panas.. sebab nak jimat.. masa tu.. gaji kecik.. tapi orang kata rezeki anak.. Tuhan tentukan.. mulanya mak saudara ku jaga waktu kami kerja.. pas tu mereka nak ke Mekah.. abah amik alih.. manjalah dia.. akhirnya aku mengandung anak kedua.. rezeki juga tu.. aku dapat tawaran kerja berjawatan tetap.. hmmm.. x le gaji hari lagi.. 2.1.2002 aku mula kerja di SK Pemanis 2 sebelum bertukar ke PPD segamat..
8 JULAI 2002 - sepatutnya hari ini abang pergi kursus.. tapi pagi2 lagi pinggang ku mula sakit.. terus kami ke hospital.. takut macam anak pertama.. sampai di hospital.. Allah mak hai.. x sakit jadi sakit.. macam2 diperiksa.. akhirnya aku diarah masuk kewad 9 hospital Segamat.. nurse pesan jgn baring.. jalan2.. aku pun turun kebawah.. tunggu abang datang waktu melawat.. mak pun datang bawakan makanan dengan air teh bercampur majerin.. kata mak petua org india nak senang bersalin.. aku pun telan.. uwekkk.. nak muntah.. lepas je minum.. aku mandi.. siap je mandi, perut ku sakit.. nurse cek.. katanya dah dekat.. bisanya Ya Allah.. darah yang keluar.. sampai ke dewan bersalin.. mereka pecahkan air ketuban.. azan maghrib berkumandang.. aku sedang bertarung dengan kesakitan.. selesai je azan.. beri laluan bidan ku yang puasa berbuka.. lebih kurang 7.45 aku bersalinkan putera hati Muhammad Azza daniel.. 2.6kg..
Daniel x banyak ragamnya juga.. Mak saudara aku yang menjaga mereka berdua.. Orang kata rezeki anak.. Abang dapat juga pakai kereta idamannya Honda Accord.. WCY 8348.. masa tu umur Daniel setahun lebih.. kakak pun dah sekolah tadika kemas kg berata.. beria2 nak sekolah.. sampai la 15 Jun 2004 abang di arah bertukar ke Tangkak...
DUGAAN... susahnya nak cari orang menjaga anak.. membuang air mata aku.. berbulan2 aku bawa atuk duduk bersama.. semata2 nak tunggu anak2.. sementara aku dapat kan pengasuh.. semuanya duitan.. mahal.. aduh.. sebahagian gajiku kena kuserahkan ke? akhirnya kami buat keputusan hantar anak ke Taska.. faham2 je la.. amik anak kena timenya.. cuti sekolahla yang paling masalah.. Taska tutup.. teringat aku masa tu.. anak2 ku angkut ke sekolah.. bawa susu dan tilam kecil.. Ya Allah hati ku menangis.. nasib baik lah guru besar tak kesah.. tak tahu la belakang.. Ada yang terpaksa aku ajak adik ipar ku.. ntah rela ntah tidak.. aku upahkan juga.. hari demi hari aku lalui.. mereka lihat aku ketawa.. aku senyum.. dukanya tersembunyi di hati.. anak2 sebenarnya terbiar.. kakak kata orang ejek adik.. aku pesan pada mereka jangan lawan..
7 Ogos 2005 - Pagi2 Ahad tu aku rasa sakit pinggang semacam.. adakah kerana malam tadi kami berjalan jauh di pasar malam.. hati cuak juga.. tapi kami kemas juga baju.. aku telefon mak.. mak suruh ke hsopital.. anak2 semua aku kejutkan.. aku kejutkan atuk.. bergegas semua berkemas.. ya.. sakitnya seperti nak bersalin.. sampai je di sagil.. aku dah mula terdiam menahan sakit.. bila tiba di jementah.. sakitnya mula bertambah.. aduh!! tangan abang aku pegang kuat.. bila sampai di segamat.. trafik light merah.. aku dah x boleh tahan lagi.. aku telefon mak.. mak dah standby di hospital.. sampai je depan pintu hospital mak dah menunggu.. mak tolak aku naik lif.. "mak air dah pecah.." sampai didewan bersalin.. aku mula rasa kepalanya dah menyengkang.. naik je di atas katil.. nurse terdiam.. tak sempat nak tarik drip air.. anak ku dah keluar.. Noor Azza Sofea.. 2.7kg.. nasib baik sempat tiba di hospital.. teruklah abang kena marah dengan doktor dan nurse.. diam ajela.. Mula2 kami plan nak amik bibi untuk jaga mereka.. tapi kedua2 yang aku terima aku tak boleh terima.. so akhirnya hantar rumah mak yah je.. sampailah angah pun dah sekolah.. sofea masih tinggal dirumah makyah.. sampaila aku mengandung yang ke4.. dalam masa tu aku dapat jawatan yang aku impikan.. Pembantu Tadbir.. Aku mula melaporkan diri Di Pejabat Daerah Ledang.. Pejabat baru.. dah tentu mulakan kerja baru.. aku tabahkan hati.. aku rela kerana aku suka kerja ni.. Sehingga aku dah sarat pun aku masih fikirkan kerja.. Ingat lagi..
17 Mei 2008 - hari ni aku harus membuat rawatan di klinik swasta di Muar.. aku memang merancang nak bersalin disini kali ni.. rezeki pun ada.. nak cuba bersalin di swasta.. doktor kata air ketuban ku dah sikit.. next week tak bersalin.. kena oaksa masuk ubat.. alamak.. due date lama lagi.. hati aku mula risau.. balik dari klinik.. kami tak terus balik.. aku suruh abang bawa aku jalan2.. waktu di giant.. aku mula rasa perut ku kejap tegang.. baby penat agaknya.. malam tu lepas abang picit kaki.. aku lena tidur.. dalam mimpiku.. aku ke klinik.. nurse2 yang ada kata aku dah nak bersalin.. kejap je lagi.. seorang tua yang kononnya bidan pun kata begitu.. akhirnya aku tersedar.. rupanya dah pagi.. pinggang dan punggungku rasa sengal..
18 Mei 2008 - aku ajak abang ke klinik.. "jomla abang.. nanti kalau belum nak bersalin kita balik.. taku jadi macam fiffy.." belum sampai di Muar aku dah mula rasa sakitnya 10 minit sekali.. "ye la kot nak bersalin ni bang" sampai je diklinik.. nurse kata doktor belum datang.. yela.. baru pukul 8.00 pg.. tapi tak pula nurse ni telefon ke.. walau abang berkali2 kata aku tak pernah keluar tanda seperti orang lain.. nurse ni macam tak percaya.. tiba2 aku rasa seperti nak meneran.. nurse2 tu mula gelabah.. "kak tunggu doktor ya" ada ke orang nak bersalin boleh tahan2??.. masuk je dewan bersalin.. tak sampai 5 minit aku dah bersalin.. doktor pun masuk.. lahirlah Muhammad Azza Damien 2.8kg.. "kenapa tak panggil saya?" Hmmm masak korang kena marah... aku dah cakap tadi.. puas le nurse tu minta maaf.. doktor pun minta maaf pada aku.. tapi memang ada bezanya bersalin diswasta.. selesa tu.. ok la.. dari segi kesakitannya pun ada beza.. maksud aku lepas bersalin.. aku nekad.. lepas ni nak bersalin lagi.. simpan duit.. memang berbeza.. kini mien dah hampir 2 tahun..
Aina, Daniel dan Sofea dah sekolah.. Aina dan Daniel menghabiskan masa di sekolah.. Sofea petang ke rumah pengasuh.. Mien disitu.. apa yang membimbangkan.. mana nak aku hantar anak2 kalo dia dah tak nak jaga? Kerja sekarang seperti tak memberi ruang kami dengan anak2.. tak kira hari minggu.. cuti.. Pengasuhku juga dah mula berbunyi.. bila imbas kembali.. Fiffy jatuh dari kereta.. Mien... Kakak tersepit.. Angah jatuh.. aduh!!! anak2 ibu.. janganlah nakal2...
Hai anak2 ibu.. bukan ibu sengaja nak biarkan kamu... tapi keadaan.. mereka tak menghadapi.. mereka tak memahami.. Sabar ye nak.. Fikirkan saja masa depan mu.. selagi ibu mampu berdiri.. ibu akan uruskan kamu semua.. cuma adakalanya masa yang tak mengizinkan.. Kakak dah besar.. boleh tengok adik2.. Angah.. pun sama.. Yang penting pelajaran jangan abaikan.. Memang ibu tak dapat semeja.. tak bererti ibu tak ambil berat.. teruskan usahamu...
 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner