Sunday, January 3, 2016

Anak Bonda Di Alaf Baru

SELAMAT DATANG TAHUN 2016...

Hari ni rumah dah sunyi.. semua dah back to school... Semalam kakak dah balik asrama.. kakak happy dapat naik kelas... Belajar rajin2 akak... hua!!! tukang urut ibu dah x de...

Daniel dah selamat di tempatkan di pendidikan khas.. semoga kat situ angah dapat belajar dengan selesa dan jangan noty2 ok!!

Sofea dan Damien pula dah kembali ke sekolah.. kak uda maintain dok kelas Gemilang.. abang Mien pula dari kelas cemerlang dapat naik ke kelas Gemilang..

TAHNIAH ANAK2 IBU!!!

Oh my Danish.. orang yang paling semangat nak sekolah sebab tak nak gi rumah mak yah.. tapi sampai taska tune sudah berubah.. macam2 alasan yang dia bagi.. yang x bole tahan nak lari ikut ibu balik danish sempat tarik beg bekal dia.. hahahaha!!!

Semoga semua anak2 ibu selamat dan ibu doakan semuanya dapat belajar dengan selesa...

Hari ni sempatla ibu sediakan bekal utk diorang .. Nasi.. Sate Ayam dan Sawi+carrot untuk Daniel, Sofea dan Abg Mien.. Biskut Tiger untuk Danish..

Semoga ibu terus kuat mempersiapkan anak2 ke sekolah.. semoga Allah bagi kesihatan dan kekuatan pada ibu...

SAYANG U ALL'S!!!

Sunday, December 20, 2015

Melembutkan Jari Jemari Dengan Coretan

Assalamualaikum semua..

Wah.. bersawang dah ruangan Mengejar Seribu Impian.. Dah bertahun-tahun aku tinggalkan blog ni.. Dah usang pun.. hari ni hati menjadi rindu pulak...

Bila ada suara aku kat blog ni maknanya adalah suara hati.. hahahaha... disamping memanjatkan doa kepadaNya.. kita luahkan sedikit kat coretan usang ni supaya ringan sikit apa yang bersarang kat kepala.. ye tak??

Hmmm.. dah banyak yang aku lupa tentang blog ni.. jadi terimalah seadanya.. janji ianya menjadi sebuah tempayan yang boleh kusimpankan bisikan hati...

Tinggal lagi beberapa hari je nak naik sekolah ni.. bertambah bersarang la kepala ni.. 5 dik oii yang nak ditanggung.. Pok Jib bagi bonus Rm500 jerrr... tq juga la Pok Jib.. untuk sorang dua lepasla..

Cuti sekolah sebulan lebih apa aje ye yang aku bole manfaatkan? Itulah hakikatnya.. biarpun hati merintih.. jiwa melumpuh.. siapa yang boleh memahami.. DIA juga la tempat mengadu kerana ujian itu dari Nya...

Abang Unish encem dan nak sekolah katanya.. bergaya dengan semua kelengkapan sekolah.. padahal nak ke taska je nak... tak pe la.. ibu nak bagi rangsangan kat anak-anak.. Abang mien dan kak uda melangkah lagi 1 tangga.. Angah.. atas desakan ayah.. ibu terpaksa akur.. walaupun hati ibu sebenarnya lebih rela angah menuntut di Tahfiz..

Mesti nak taukan???? Angah anak istimewa ibu.. ibu dah usahakan macam-macam untuk angah.. tapi tanpa sokongan ayah.. ibu terpaksa akur.. walaubagaimanapun.. ibu usahakan untuk angah masuk ketempat selayaknya dengan angah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami untuk membantu angah..

Kakak.. walaupun keputusan kakak dalam PT3 tu tak cukup puas untuk ibu.. tapi tak bermakna ibu nak lupakan kakak.. tapi apa yang ibu nak.. kakak terus sedar dan berusaha.. kejayaan tak kan datang bergolek.. Ayah ibu memang selalu marah kakak.. tapi kalau kakak sedar.. kemarahan itu bukan kebencian.. tapi kami nak kakak berubah menjadi anak yang sollehah..

Untuk anak-anak ibu.. semoga batinmu dapat mendengar bisikan hati ini.. bahawa aku sanggup melakukan apa saja untuk kamu.. hari ini aku sedar bahawa kerjayaku tak pun mambahagiakanku.. tiba2 rasa nak berhenti...hukhukhuk....

ok lah sayang2 semua.. lain kali kita sembang lagi..

Tuesday, November 13, 2012

mOod Risau Kerana oVerdUe..

Salam semua..

Lama tak mengUpdate blog ni.. lepas mabuk2 ari tu terus sunyi sepi.. hari ni tiba2 pulak ada mood nak membuka laman yg dh lama aku tinggalkan.. iyolah.. org skarang dh sibuk berpesbuk jer..

selama menghilang ni x de kemana pun.. cuma masa mula2 tu mabuk & cam malas nak dok depan lappy nie.. lor ni dah menjadi risau pulak cik baby ibu ni x mo kluar2.. 40 weeks 1 day.. pergh!! bila sayang nak kluar.. mana aku x risau.. yang lain smua kluar awal.. yang no 4 lagi la.. dkt 2 minggu awal.. adakah kerana ibu stress??? risau ni..

nak citer2 panjang pun x tau.. nak kata x banyak gerak.. kerja2 kat opis tu.. banyak yg buat aku gerak.. bila dh cuti ni.. lagi le.. kalo cuti.. zuuuppp.. muar.. melaka..pun baby x nak kluar.. ari tu sakit dah beriya2.. tapi x de jalan lagi.. hanya 1.5cm tapi x soft lagi..hari2 mengGoogle nak cari petua.. pengalaman.. ntahle.. sronok sangat baby dalam perut ni.. 10hb ari tu.. bajet doktor nak induce. dah risau sesangat le.. sib baik x jadi.. doktor pn x nak amik risiko.. dan dia suruh datang lagi 17 hb.. ari ni dah 13hb.. harap2 keluarla sayang..nak tunggu apa lagi.. ibu dah x tahan nak tengok dia ni.. keluar ye before kita sesama dalam bahaya..
 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner