Sunday, December 20, 2015

Melembutkan Jari Jemari Dengan Coretan

Assalamualaikum semua..

Wah.. bersawang dah ruangan Mengejar Seribu Impian.. Dah bertahun-tahun aku tinggalkan blog ni.. Dah usang pun.. hari ni hati menjadi rindu pulak...

Bila ada suara aku kat blog ni maknanya adalah suara hati.. hahahaha... disamping memanjatkan doa kepadaNya.. kita luahkan sedikit kat coretan usang ni supaya ringan sikit apa yang bersarang kat kepala.. ye tak??

Hmmm.. dah banyak yang aku lupa tentang blog ni.. jadi terimalah seadanya.. janji ianya menjadi sebuah tempayan yang boleh kusimpankan bisikan hati...

Tinggal lagi beberapa hari je nak naik sekolah ni.. bertambah bersarang la kepala ni.. 5 dik oii yang nak ditanggung.. Pok Jib bagi bonus Rm500 jerrr... tq juga la Pok Jib.. untuk sorang dua lepasla..

Cuti sekolah sebulan lebih apa aje ye yang aku bole manfaatkan? Itulah hakikatnya.. biarpun hati merintih.. jiwa melumpuh.. siapa yang boleh memahami.. DIA juga la tempat mengadu kerana ujian itu dari Nya...

Abang Unish encem dan nak sekolah katanya.. bergaya dengan semua kelengkapan sekolah.. padahal nak ke taska je nak... tak pe la.. ibu nak bagi rangsangan kat anak-anak.. Abang mien dan kak uda melangkah lagi 1 tangga.. Angah.. atas desakan ayah.. ibu terpaksa akur.. walaupun hati ibu sebenarnya lebih rela angah menuntut di Tahfiz..

Mesti nak taukan???? Angah anak istimewa ibu.. ibu dah usahakan macam-macam untuk angah.. tapi tanpa sokongan ayah.. ibu terpaksa akur.. walaubagaimanapun.. ibu usahakan untuk angah masuk ketempat selayaknya dengan angah.. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami untuk membantu angah..

Kakak.. walaupun keputusan kakak dalam PT3 tu tak cukup puas untuk ibu.. tapi tak bermakna ibu nak lupakan kakak.. tapi apa yang ibu nak.. kakak terus sedar dan berusaha.. kejayaan tak kan datang bergolek.. Ayah ibu memang selalu marah kakak.. tapi kalau kakak sedar.. kemarahan itu bukan kebencian.. tapi kami nak kakak berubah menjadi anak yang sollehah..

Untuk anak-anak ibu.. semoga batinmu dapat mendengar bisikan hati ini.. bahawa aku sanggup melakukan apa saja untuk kamu.. hari ini aku sedar bahawa kerjayaku tak pun mambahagiakanku.. tiba2 rasa nak berhenti...hukhukhuk....

ok lah sayang2 semua.. lain kali kita sembang lagi..

0 Impian dilayan..:

 

Mengejar Seribu Impian.... © 2008. Design By: SkinCorner