Aduh... lama dah x update n3.. bukan merajuk.. tapi x de keizinan masa untuk dok depan blogger ni.. apa yang berlaku????
Biasala... cuti tahun baru cina.. lama.. aku??? balik kampung la.... Jumaat 12.2.2010, malam aku dah sampai di Kampung Sawah Baru, Labis.. umah omak mertuo la... ada la adik beradik yang dah balik.. kak ngah, ateh, acik.. bila dah balik apa lagi.. masak2.. makan.. nak dijadikan cerita.. pada 13.2.3010 (sabtu) lebih kurang kul 4 ptg.. kami sekeluarga bersantai diluar umah.. dok bawah pokok rambutan.. berbual2.. sambil menikmati minum petang dan juga melayan anak2 buah main layang2.. bila dah main layang2 semua mendongak kelangit.. tiba2 anak saudara aku.. anak kak ngah ternampak awan yang tak ubah tulisannya "alif, lam, lam, ha" kata dia..
"eh tengok.. awan tu macam tulis ALLAH"
anak aku daniel pun berlari pada aku.. cakap benda yang sama.. tapi sibuk berborak cam tak layan.. dia gi kat ayah dia.. abang pun panggil aku.. aku pun mendongak.. betul.. memang saling tak tumpah..

betul tak? aku dah siap tolong lorekkan.. untuk korang yang lembs..babs...
pas tu.. tak lama mak mertua aku lak perasan.. perkataan "Mim.. Ha.. Mim.. Dal" tengok eh..

Bertaubatla.. Dunia semakin tua..
0 Impian dilayan..:
Post a Comment